PENUGASAN KHAS MAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-XIV TAHUN 2016

PENUGASAN KHAS MAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE-XIV TAHUN 2016

Istana Negara, 5 Jun 2016- Bertempat di Istana Negara telah berlangsungnya upacara Jamuan Teh DiRaja Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda SPB Yang di-Pertuan Agong ke-XIV Tahun 2016.
Majlis Jamuan Teh DiRaja ini bermula tepat jam 10.00 pagi. Majlis dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Bt Mansor serta YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg.Datin Seri Hamidah Bt Khamis di Dewan Santapan Utama untuk majlis santapan.



Seramai lebih kurang 5511 orang hadir pada Majlis tersebut. Tetamu terdiri daripada dif-dif kenamaan dan dif-dif jemputan. Turut menyerikan majlis tersebut ialah persembahan hiburan oleh artis iaitu YBhg. Datuk Yusni Bt Hamid dan Roy.




Sebelum penugasan tugas khas ini bermula, panggil nama diambil oleh SI Aman Shah Bin Baharuddin dan SM Buhari Bin Raihan dihadapan Billik Pengiring Rapat Polis Istana Negara. Seramai 38 anggota terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Istana Negara bertugas sempena Majlis Jamuan Teh DiRaja tersebut.




Penugasan khas ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Majlis berjalan dengan lancar.

Post a Comment