Pingat Bentara Pasukan Polis

Darjah pangkat kelima ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pegawai Rendah Polis termasuk kurniaan Kehormat kepada Pegawai-Pegawai Rendah Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf.


Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis telah berlangsung di Balairung Seri , Istana Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2013 mulai jam 0730 pagi hinggalah selesai lebih kurang jam 1130 hrs. Seramai lebih kurang 291 Pegawai dan Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia telah menerima berbagai Pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Diraja Malaysia. 


Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyampaikan Pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis.



Pingat-Pingat yang telah di sampaikan oleh SPBYDPA ialah
i)  Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)
ii)  Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP)
iii)  Pahlawan Pasukan Polis (PPP)
iv)  Kesatrian Pasukan Polis (KPP)
v)  Bentara Pasukan Polis (BPP)
vi)  Pingat Keberanian Polis (PKP)


Bersama Pegawai Agama Istana Negara Us Zulkifli bersama Sjn Buhari Haji Raihan di dewan santapan selepas menjamu selera yang dihidangkan.


Sjn Amran (Delima Merah) bersama Sjn Buhari bin Haji Raihan sedang di ambil gambar rakan setugas Kpl Faizal.

Dato' Aziz Ketua Pegawai Agama Istana Negara bersama Sjn Buhari  merakam ingatan di lobby Istana Negara.


Sjn Buhari bersama Sm Mohd Toyar bin Abdul Hamid dan isteri serta ibunya. Bermacam-macam pengalaman dan sejarah  pertama kali memasuki Istana Negara.

Post a Comment