WALI DALAM PERKAHWINAN
Makna Nikah.
NIKAH BERASAL DARI PERKATAAN ARAB.MAKNANYA BERKUMPUL ATAU BERHIMPUN DAN DARI SEGI SYARAK IALAH AKAD YANG MENGHARUSKAN BERSETUBUH DENGAN PERKATAAN NIKAH ATAU TAZWIJ ATAU TERJEMAHANNYA
RUKUN-RUKUN NIKAH.
1.LAFAZ IJAB DAN KABUL 2.WALI
3.DUA ORANG SAKSI
4.CALON SUAMI
5.CALON ISTERI
MAKSUD WALI
WALI ADALAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PEREMPUAN YANG HENDAK DIKAHWINKANNYA MENGIKUT SUSUNAN YANG TERTENTU
SYARAT-SYARAT WALI
1.ISLAM 2.BERAKAL
3.BALIGH
4.MERDEKA(BUKAN HAMBA SEHAYA)
5.LELAKI
6.TIDAK DALAM IHRAM
7.ADIL 8.TIDAK DIPAKSA
USTAZ HAZMAN B.HJ.HASHIM
SUSUNAN WALI.
1.BAPA 2.DATUK SEBELAH BAPA
3.SAUDARA LELAKI SEIBU SEBAPA
4.SAUDARA LELAKI SEBAPA
5.ANAK LELAKI KEPADA SAUDARA LELAKI SEIBU SEBAPA
6.ANAK LELAKI KEPADA SAUDARA LELAKI SEBAPA
7.BAPA SAUDARA DARIPADA PIHAK BAPA SEIBU SEBAPA
8.BAPA SAUDARA DARIPADA PIHAK BAPA SEBAPA
9.ANAK LELAKI KEPADA BAPA SAUDARA DARIPADA PIHAK BAPA SEIBU SEBAPA
10.ANAK LELAKI KEPADA BAPA SAUDARA DARIPADA PIHAK BAPA SEBAPA
1. WALI NASAB (SEPERTI SUSUNAN DI ATAS)
2. WALI HAKIM/WALI SULTAN-IALAH ORANG YANG DILANTIK ATAU DIANGKAT OLEH SULTAN ATAU RAJA UNTUK MENJADI WALI PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG TIDAK BERWALI SEBAGAI GANTI DARIPADA SULTAN, SEPERTI DIANGKATNYA KADI,ATAU NAIB KADI ATAU MEREKA YANG DIBERI TAULIAH JURUNIKAH.
3. WALI TAHKIM-(TIDAK PAKAI DI MALAYSIA)-IALAH LELAKI DAN PEREMPUAN YANG HENDAK BERKAHWIN ITU MESTI HADIR DI HADAPAN ORANG YANG
MENGAKADNIKAHKANNYA DENGAN MELAFAZKAN LAFAZ TAHKIM. SEBAIK-
BAIKNYA ORANG YANG DILANTIK MENJADI WALI TAHKIM ITU HENDAKLAH ORANG
YANG BERTAKWA DAN WARAK.
INI ADALAH ANTARA PESERTA KURSUS YANG BEGITU KHUSUK MENDENGAR CERAMAH YANG DI SAMPAIKAN OLEH USTAZ.
Post a Comment