Peperiksaan Pertengahan Pasukan

Pada 1 Oktober 2013 hingga 3 Oktober 2013  Peperiksaan Pertengahan Jabatan PDRM telah berjalan dengan lancar, dan teratur selama 3 hari iaitu hari  Selasa, Rabu dan Khamis . Subjek peperiksaan yang telah ditetapkan adalah Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah, Undang-Undang Am, Akta Polis/PTKPN dan Akta Keterangan. Kontinjen Kuala Lumpur mempunyai lebih kurang 300 anggota pangkat rendah yang telah menduduki peperiksaan pada kali ini. 


Pusat Peperiksaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada siri 2/2013 kali ini di jalankan di Dewan CIDB , Convention Centre, Kuala Lumpur. Dewan ini sungguh besar dan amat selesa serta berhawa dingin. 


Jam inilah yang menjaga masa kami semasa peperiksaan. Tidak bolih lewat seminit pun untuk bermula dan berhenti menulis jawapan. Jam ini amat setia pada tuannya, tetapi calon peperiksaan lalai dengan masa yang terus berlalu.

Peperiksaan Undang-Undang Pertengahan Pasukan siri 2/2013 ini di kendalikan oleh Badan yang terpilih dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.  Badan peperiksaan ini di ketuai  oleh DSP Hanafi  Pegawai Gerakan IPK Kuala Lumpur dan di bantu oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang bertugas di Kontinjen Kuala Lumpur. Insp.Liza  dari Ibu Pejabat Polis Putra Jaya juga terlibat sebagai pengawas peperiksaan kali ini.


Bermacam ragam calon peperiksaan  untuk menjawab soalan yang begitu mencabar kerana peperiksaan ini adalah tiket/syarat untuk mohon jawatan Pegawai Kanan Polis selain syarat-syarat yang sedia ada untuk di patuhi.


Inilah wajah-wajah pemimpin masa depan yang berpotensi hebat bagi meneruskan agenda pasukan yang di hormati dan disegani serta di geruni. Berusaha menimba ilmu demi menambahkan kecekapan dalam menjalankan tugas yang semangkin mencabar ini.

Kpl Hasnan adalah anggota yang  cekap dalam mengendalikan kenderaan bermotor. Selain penuh ilmu di dada beliau mahir dalam berbicara.

Menggunakan Otak dan fikiran yang sihat sahaja yang dapat menghasilkan productiviti yang bermutu. Begitulah yang di bicarakan oleh Kpl Faizal calon dari Istana Negara yang menguasai control kawalan keselamatan di Istana Negara dalam Kumpulan 'A'.


 .

Kpl Ismawi adalah calon peperiksaan Akta Keterangan untuk kedua kali menduduki peperiksaan ini. Menguasai ilmu CCTV yang di pasang di Istana Negara keseluruhannya. Anggota harapan yang dapat mengendalikan CCTV di pusat kawalan.


Meskipun sudah jadi orang lama namun Kpl Zahir tetap gigih lagi untuk meningkatkan ilmu dengan mengambil peperiksaan Undang-Undang Pertengahan Pasukan ini. Begitu tenang untuk menghadapi peperiksaan setelah membuat persiapan yang rapi sepanjang malam sebelum menduduki peperiksaan ini.


 Rajin dan Usaha tangga kejayaan, itulah prinsif hidup Kpl Norjan yang begitu gigih metelaah buku Akta Keterangan di saat akhir menghadapi peperiksaan. Calon ini adalah dari Istana Negara cawangan  pentadbiran PDRM.


K/Shazmeer anggota muda dalam pasukan yang telah bersedia mengharungi cabaran-cabaran semasa yang akan di tempuhi dalam melaksankan tugas yang semangkin kriktikal. Advance dalam ilmu kepolisan nampak menyerlah setelah melepasi tangga keduan peperiksaan dalan pasukan

.
Sjn Misbah dari cawangan tatatertib IPK Kuala Lumpur bukan sahaja memerah otak tetapi habis setiap urat diperah untuk mengeluarkan idea yang ada untuk menjawab setiap soalan dalam peperiksaan ini.


Buhari haji Raihan adalah Penulis Blog ini, Dia juga tidak ketinggalan untuk menduduki peperiksaan Pertengahan Pasukan yang julung-julung kalinya  di ambil. Redha dengan apa yang ada dalam kehidupan.


Sjn Manab dari cawangan latihan IPK Kuala Lumpur walaupun rambut telah beruban namun untuk memajukan diri sendiri tidak ketinggalan menduduki peperiksaan ini.


Insp Liza dari IPD Putra Jaya sebagai pengawas peperiksaan.

2 comments

Gambar saya xda pun? 😠

Reply

Gambar saya xda pun? 😠

Reply

Post a Comment