Pada 1 September 2014 jam 8.00 pagi telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan Cawangan Pemandu, Trafik dan bodyguard di kawasan Istana Negara, Kuala Lumpur.
Latihan ini melibatkan 70 orang anggota pemandu, trafik dan bodyguard yang tugasannya adalah mengiringi YDP Agong.
Sepanjang latihan ini semua anggota memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi mencapai ke tahap maksimum latihan yang di jalankan.
Ini merupakan latihan yang kerap dijalankan bagi mengekalkan memontem semua anggota yang bertugas paling hampir dengan YDP Agong setiap masa.
Penyelaras utama dalam latihan ini adalah Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara, P/Supt. Mohamad bin Halim yang sentiasa memberi komitmen setiap latihan dan pegerakan latihan ini.
Latihan ini di jalankan selama 2 hari berturut-turut tanpa mengenal cuaca panas, hujan,dan ribut . Di sinilah kekuatan yang ada pada setiap anggota yang menjalani latihan ini.
Post a Comment