Serah/Terima tugas Ketua Pegawai Keselamatan Istana.

Pada 6 November 2013 jam 1000 hrs telah berlangsung satu upacara Serah/Terima Tugas Ketua Pengawal Keselamatan Istana Negara antara ASP Amat Nazirin dan Supt. Mohamed di dewan gelari tingkat 2 Istana Negara. Ini adalah satu peristiwa yang amat bersejarah dalam Bahagian Keselamatan Istana Negara.

Upacara  Serah Menerima tugas berjalan lancar dan di saksikan lebih kurang 60 Pegawai dan anggota di bawah pentadbiran Ketua Pengawal Keselamatan Istana Negara. 


 Di bawah pentadbiran Ketua Pengawal Keselamatan ada  5 cawangan dalaman. (i) Pentadbiran Polis Istana Negara (ii) Kawalan Keselamatan Istana Negara (iii) Pengawal rapat  YDPA (iv) Pemandu  (v)  Trafik pengiring .


Majlis berlangsung  lebih kurang  1 jam menandatangani dokumen  serah dan terima tugas. Ucaptama oleh Ketua Pengawal Keselamatan meniti beratkan tetang disiplin setiap pegawai dan anggota tanpa kompromi. Setiap pegawai dan anggota mesti komitmen dalam tugas dengan kerja secara ikhlas jujur dan produktif. 


Selagi bertugas dalam Pasukan Polis maka kita tidak dapat terkecuali dari disiplin yang ada. Walaubagaimana pun ia tidak membebankan dan mengongkong setiap pegawai dan anggota.


Begitu juga , sebelum  menjalankan tugas pastikan membaca doa , memohon kepada Allah supaya selamat  dalam menjalankan tugas yang di amanahkan dengan kepada kita.


Ketua Pengawal keselamatan akan berjumpa dengan semua anggota dalam pertemuan yang di rancang  semua cawangan. Perjumpaan yang pertama pada 8 November 2013 jam 0900 hrs dengan semua anggota pengawal keselamatan dari pangkat kopral ke  konstabel.



Meskipun ucapannnya ringkas namun ia padat dan penuh simbolik dan bermakna .  Ada beberapa rancangan yang akan di laksanakan untuk penambahbaikan  untuk semua cawangan khasnya cawangan pengawal keselamatan.


Sedia maklum anggota pengawal keselamatan adalah anggota yang paling ramai dari cawangan  yang lain. Lantaran itu perhatian perlu tertumpu kepada pengawal keselamatan selain cawangan yang lain.


KPK tidak akan pilih kasih mana-mana cawangan  atau pun mana-mana anggota. Sesiapa yang ada masalah kerja atau sebagainya boleh berjumpa dengannya tanpa sekatan.  Beliau sedia berjumpa dengan sesiapa sahaja pegawai ataupun anggota.



Post a Comment