Kursus ini di kendalikan oleh seorang ustaz dari Hospital Umum Kuala Lumpur Us Mohd Nazar bin Ibrahim Pen.Peg.Hal Ehwal Islam Kanan, Hospital Kuala Lumpur menyampaikan ceramah secara teori dan priktikal memandikan jenazah.
.
} Menasihati
supaya sentiasa mengingati Allah dengan memperbanyakkan doa, membaca Al-Quran,
berzikir dan sebagainya.
} Jangan
berbual-bual kosong, ketawa di hadapan orang sakit, malah hendaklah menunjukkan
simpati terhadapnya.
Sunat dibacakan Surah Yasin dan Surah Al-Ra’d
kepada pesakit yang sangat teruk, sambil menghadapkan mukanya ke arah qiblat.
} Dan
sekiranya ada suatu bacalah(kitab Suci) yang dengan itu gunung-ganang dapat
digoncangkan,atau bumi jadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat
berbicara(itu lah Al-Quran). Sebenarnya segala urusan itu milik Allah. Maka
tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa sekiranya Allah
menghendakki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada
manusia semuanya.Dan orang-orang kafir sentiasa ditimpa bencana disebabkan
perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka
sampai datang janji Allah(penaklukkan Mekah). Sungguh, Allah tidak menyalahi
janji.
} Sunat
bagi orang berziarah duduk dekat dengan kepala orang sakit.
} Sunat
mengajar kalimah tauhid kepada pesakit apabila sudah ada tanda-tanda akan
nazak. Sabda Nabi SAW :
} مَنْ كَانَ أَخِرُ كَلاَمِهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
} Ertinya : Sesiapa yang ucapan
terakhirnya لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ pastilah ia masuk syurga.
Mati Suatu Ketetapan
Setiap yang hidup pasti akan melalui kematian.
Ertinya : Tiap-tiap
yang hidup akan merasai mati, kemudian kepada Akulah dikembalikan.
(Surah Al-Ankabut : 57)
TANDA-TANDA HAMPIR
MATI
} Kening yang luas jatuh sedikit.
} Pelipis
turun/ lekuk.
} Hidung
tunduk
} Pergelangan
tangan renggang.
} Tapak
kaki lurus.
} Cuping
telinga kendur/lembik.
} Buang
tebiat sebelum kematian.
} Berlaku
kekejangan anggota sebelum mati.
} Keluar
peluh yang besar berwarna kuning.
} Kunjungan
tiga kali oleh malaikat rahmah.
Perkara-perkara
yang perlu di lakukan
} Beri
pengharapan ( DOA).
} Memperkatakan
yang baik dan duduk dekat kepala pesakit.
} Ajarkan
kalimah taubat (tauhid).
} Sunat
dibacakan Al Quran, Yassin,Al Kahfi,Ar Ra’du,Al Ikhlas dan Al Fatihah.
} Harus
dititikkan/titiskan air ke mulut.
} Basahkan
muka dan dada dengan air.
Setelah kematian
} Tutup
mata.
} Baca
Bismillahi waa’la millati rasulillah.
} Ikat
dagu dengan kain.
} Salin
pakaian dan ganti dengan yang baru.
} Tanggalkan
semua benda yang palsu sekadar yang boleh dan tidak menyakitkan.
} Lembutkan
sendi – sendi jari tangan,siku,lengan , kaki/lutut dan peha dilipat.Di senamkan
agar mudah untuk di mandi dan dikafankan.
} Letak
mayat tempat tinggi dan menghadap kiblat.
} Tindih
perut dengan benda yang berat(bukan Quran).
} Tutup
mayat dengan kain.
Bacalah seberapa banyak ayat suci al
quran,jangan duduk berbual kosong.
Post a Comment