Sambutan Awal Muharam di IPK KL 1435H

Pada 04 November 2013 bersamaan 30 Zulhijah 1434H jam 1850 hrs berlangsunglah bacaan doa akhir tahun . Ya Allah, wahai tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang di kau larang dalam tahun  ini maka belum bertaubat daripadanya pada hal tuhan kami tidak merodhai dan tuhan kami memang tidak lupakannya dan tuhan tidak bersifat lupa namun engkau masih berlembut terhadap kami padahal engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu,

 maka sesungguhnya kami memohon keampunan-mu, maka ampunkanlah kami,  dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau reda dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami memohon kepada-Mu ya Allah, wahai tuhan yang Pemurah dan wahai Tuhan Empunya Kebesaran dan Kemuliaan , terimalah daripada kami dan janganlah putuskan harapan kami terhadapmu, wahai Tuhan yang Pemurah.


Setelah selesai solat Magrib maka acara membaca doa awal tahun 1435 hijrah pun bermula. Ya Allah ! Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang maha besar dan kemurahan-Mu yang sejati , tahun yang baru ini tiba kepada kami, maka kami pohonkan kepada-Mu agar kami terpelihara daripada syaitan yang direjam, para penolong-penolongnya dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi nafsu.


Setelah selesai membaca doa solat magrib maka aktiviti membaca yassin dan baca doa selamat pun bermula. Bacaan yassin beramai-ramai  untuk disedekahkan kepada roh kaum  muslimin dan muslimat dan khususnya kepada kedua ibu bapa samaada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Bacaan yassin mengambil  masa lebihkurang 30 minit dan seterusnya berdoa. Bacaan yassin dan doa di pimpin oleh ustaz Baka IPK KL.

Azan Isyak selesai berkumandang maka solah Isyak berjemaah pun bermula. Kehadiran majlis ini lebihkurang 70 orang dari semua cawangan dan bahagian di IPK KL. Istana Negara menghantar 2 anggota sebagai wakil iaitu Buhari Haji Raihan  dan Mislan sementara Istana Melawati menghantar 3 anggota sebagai wakil.

Selesai saja doa solat Isyak  maka pengumunan jamuan makan telah di sediakan untuk di nikmati dan semua jemaah di jemput untuk menjamu selera. Maka semua jemaah mula menjamu selera dengan hidang nasi beryani ayam, kambing dan daging.



Post a Comment