Pada 23 November 2013 telah berlangsung kursus Pengendalian Jenazah Muslim di Masjid Muqarrabin, Bandar Tasik Selasan, Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah di hadiri lebih kurang 100 orang penduduk kariah yang berhampiran Masjid Muqarribin. Penceramah jemputan khas dari Jabatan Mufti Ustaz Mohd Marni Mohsin.
} Persoalan
kehidupan dan kematian merupakan dua perkataan yang sering berganding bagi
setiap insan.
} Sejarah
telah merakamkan kematian pertama didunia berlaku kepada putera nabi Adam a.s
iaitu Habil.
} Qabil
sebagai abang telah membunuh Habil kerana tidak berpuas hati kerana dijodohkan
dengan Lubuda kembar Habil yang kurang cantik sedangkan Habil mendapat Iqlima
kembar Qabil yang cantik.
} Setelah
pembunuhan berlaku Qabil panik kerana tidak tahu apa tindakan yang perlu
dibuat.
} Allah
swt mengutuskan Gagak sebagai pedoman,gagak berkelahi berbunuhan kemudian
menggali lubang dan menanam yang mati.
} I’tibar
dari pengajaran itu memberi ilham kepada Qabil untuk mengebumikan Habil.
} Surah al Maidah 31.
} “
lantas Allah utuskan burung gagak untuk mengaplikasikan cara yang sepatutnya ia
menanam rakan nya kedalam bumi”.
} Surah
al Ankabut 57.
} “ Setiap yang bernyawa pasti
akan mati dan kepada kamilah kamu akan dikembalikan”
} Surah
al Baqarah 156.
} “Dari Allah kita datang kepada
Allah jualah kita dikembalikan”.
} Hukum
Menziarahi Orang Sakit
} Hukumnya
sunat dan besar pahalanya.
} Menurut
Imam Nawawi – sunat muakkadah (سنة
مؤكدة).
} Galakan
ziarah Orang Sakit
} Hadith
galakan menziarah orang sakit
} إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ
الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْقَةِ الْجَنَّةِ (الترمذي)
} Ertinya : Seseorang Muslim
apabila ia menziarahi saudaranya yang Islam ia sentiasa memetik buah-buahan
Syurga. Iaitu umpama orang yang berjalan
di dalam Syurga dan memetik buah-buahan di dalamnya.
} مَا
مِنْ مُسْلِمٍ يَعُوْدُ مُسْلِمًا غَدْوَةً إِلاَّ صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ
أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِىَ وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إِلاَّ صَلَّى عَلَيْهِ
سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَكَانَ خَرِيْفٌ فِى الْجَنَّةِ.
} Ertinya :
Seseorang Islam yang menziarahi saudaranya yang sedang sakit pada sebelah
pagi, tujuh puluh ribu malaikat akan sentiasa mendoakan supaya diampunkan
dosa-dosanya hingga ke petang dan apabila ia menziarahi pada sebelah petang,
tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakan supaya diampunkan dosanya hingga ke
pagi dan baginya kebun-kebun tempat memetik buah-buahan di Syurga kelak.
Adab Menziarahi Orang Sakit
•
Jangan duduk lama di sisi orang sakit.
•
Sunat menziarahi orang sakit berselang hari,
melainkan orang sakit itu redha dengan lawatannya.
•
Sunat mendoakan agar cepat sembuh, tetap iman,
tahan sabar dan lain-lain. Bacakan doa ini sebanyak 7 kali.
أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ
الْعَظِيْمِ أَنْ يَّشْفِيْكَ (رواه ابو
داود)
Ertinya : Aku pohonkan kepada Allah Yang Maha Besar Tuhan
Singgahsana Yang Besar agar menyembuhkan engkau.
} Memberikan
kata-kata yang baik untuk menenang dan menghiburkan pesakit.
} Memberikan
kata-kata ransangan dan motivasi untuk menenang dan menghiburkan keluarga
pesakit.
Post a Comment