Ujian menembak dan jasmani ini adalah untuk menguji dan melatih kecekapan setiap anggota pengawal keselamatan sentiasa bersiap sedia dengan kecekapan dan kepantasan mengawal keselamatan Istana Negara.
Ini merupakan aset kemahiran yang terpenting kepada semua anggota supaya keselamatan sentiasa di tahap yang maksimum.
Cabaran dan dugaan yang di lalui setiap anggota menambahkan lagi keyakinan diri menghadapi halangan dan rintangan semasa menjalankan tugas yang mendatang. Itulah harapan Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara dalam Visi dan Misi Pasukan.
Ketabahan setiap anggota yang menjalani ujian tembak dan jasmani ini sangat di puji kerana menunjukkan komitmen dan keyakin diri setiap latihan dan ujian yang di tempuhi.
Post a Comment