Urine test 2013

Pada 18 Oktber 2013 hari Selasa Sepasukan anggota Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di ketuai oleh Sub Insp. Abdullah bersama 7 anggotanya telah membuat saringan air kencing (Urine test ) anggota Istana Negara. Ada dua kategori urine test di jalankan. Pertama untuk anggota confirmation jawatan konstabel. Kedua untuk anggota bagi laporan Sistem Kawalan Disiplin dan Narkotik.

Seramai 130 anggota telah menjalani urine test pada hari tersebut.  Saringan kencing berjalan lancar dengan semua anggota memberi kerjasama yang jitu dan kecekapan anggota Narkotik IPK Kuala Lumpur menjalankan tugasnya. 
Sementara menunggu giliran untuk di ambil air kencing bermacam-macam cara dan gaya kerana gelisah menunggu masa untuk menjalani urine test.

Urine test adalah tapisan pra syarat untuk di sahkan dalam jawatan. Ini untuk mempastikan semua anggota PDRM bebas dari dadah. Setiap anggota tidak terkecuali daripada ujian saringan air kencing sekurang-kurangnya setahun sekali.

Setakat ini tiada anggota yang di dapati positif dadah dan semuanya negetif dadah, ini bermakna anggota tiada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Syabas dan tahniah kerana hidup bebas dari dadah yang merbahaya.





Post a Comment