Di keheningan pagi yang damai dan tenteram pada 08 Oktober 2013 jam 0830 hrs, di Istana Negara Kuala Lumpur Kumpulan C seramai 34 anggota dari pengawal keselamatan Istana Negara yang di ketuai oleh Sjn Amran telah diarahkan untuk menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan Jungle Tracking tepi pagar di sekeliling Istana Negara. Latihan Dalam Perkhidmatan ini di kendalikan oleh 2 orang Pegawai Kanan iaitu Insp. Mohamad Ibrahim dan Insp Azizi. Sebelum latihan bermula panggil nama di adakan di Lording Bay untuk menyampaikan taklimat dan do and done sepanjang latihan nanti.
Kumpulan C' |
Latihan Jungle Tracking ini sebenarnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Walaupun laluannya hanya di persekitaran Istana Negara namun ianya sungguh mencabar dan memenatkan serta meletihkan. Namun persiapan diri perlu ada antaranya stretching . Kali ini stetching ( rengangan ) di kendalikan oleh Insp. Azizi.
Insp Azizi |
Jungle Tracking ini di jangka mengambil masa 2 jam berjalan kaki dan 1 1/2 jam berjalan dan berlari. Ini merupakan aktiviti yang pertama di adakan bagi anggota pengawal keselamatan Istana Negara. Kumpulan ini merupakan pembuka jalan bagi aktiviti lasak di jalankan sebagai aktiviti bulanan.
Kpl Zakaria |
Dalam mengikuti aktiviti lasak ini, bagi yang berumur pastikan mengikut kemampuan kudrat yang ada. Jangan memaksa diri hingga boleh memudaratkan diri sendiri. Tetapi yang masih muda, pastikan gunakanlah tenaga yang masih kuat untuk menguji kebolehan diri sendiri.
Kpl Musthapa ( Oderly Sjn ) |
Jungle tracking bermula pada jam 0910 hrs dari pintu 3 dan akan tamat pada pintu 3 juga dan di jangka mengambil masa 2 jam untuk sampai ke tempat penamat.
Pintu 3 |
Pemandangan Indah Istana Negara di lihat dari sebuah bukit yang kami daiki dalam perjalan jungle tracking sungguh menakjubkan. Track yang kami lalui ini merupakan kawasan yang masih kawal kami bertugas. Ketinggian bukit ini di anggarkan 500 meter dari paras laut.
Kpl Rozana hampir pengsan semasa berada di atas bukit kerana tekanan udara yang rendah. Dia terpaksa berehat seketika sebelum meneruskan perjalanannya ke garis penamat aktiviti ini.
Post a Comment