IMARAH RAMADAN TADARUS AL-QUR'AN

IMARAH RAMADAN TADARUS AL-QUR'AN
Istana Negara, 13 Jun 2016 - Bertempat di Surau Istana Negara telah berlangsungnya majlis bacaan Tadarus peringkat Polis Istana Negara yang telah diadakan bermula pada 6 Jun 2016 lalu bersamaan 1 Ramadan 1437 Hijrah. Majlis Tadarus ini disertai oleh Pegawai Polis Istana Negara dan berlangsung sehingga khatam sebelum berakhirnya bulan Ramadan ini.



Tadarus Al-Qur'an pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur'an dihadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan Tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramadan.




Cara Tadarus ;
Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti Tadarus Al-Qur'an. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah :
1. Membaca Al-Qur'an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil;
2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf;
3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya;
4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam;
5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.
Adab Membaca Al-Qur'an :
1. Suci daripada hadas besar dan kecil;
2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat;
3. Membaca secara tartil;
4. Membaca dengan melihat mashaf (lebih afdhal)

Post a Comment