MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS QUICK RESPONSE TEAM POLIS ISTANA NEGARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS QUICK RESPONSE TEAM POLIS ISTANA NEGARA

ISTANA NEGARA, 1 April 2016 –Bertempat di PLPGA Briged Utara Ulu Kinta, Perak telah berlangsungnya Perasmian Penutup Kursus Quick Response Team Istana Negara yang telah disempurnakan oleh YDH ACP Rasdi Bin Ramli ,PT Pentadbiran IPK KL. Turut hadir,YDH SUPT Hj.Rosli Bin Abas Komandan PLPGA Briged Utara yang diiringi oleh SUPT Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara, selaku hos penganjuran kursus dan latihan kepada peserta Kursus Quick Response Team Istana Negara.





Selain daripada itu, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran SUPT M.V.Srikumar A/L Navalan Nair Pen.Komander Kepolisan AM Unit Tindak Khas Bukit Aman, ASP Abdul Aziz Bin Abdullah Ajutan Briged Utara, ASP Zainuddin Bin Che Yusof Pen. Turus JIPS Briged Utara serta para pegawai Polis Istana Negara ASP Amat Nazirin Bin Ismail Pen.Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara, ASP Mohammad Ibrahim Bin Mahmod dan Para-para hadirin.




Selain daripada penganugerahan sijil-sijil penyertaan kursus, majlis turut diserikan dengan persembahan-persembahan yang begitu mantap oleh skuad Quick Response Team. Phantomen kejadian penculikan dipersembahkan bagi tatapan semua hadirin. Skuad Quick Response Team terdiri daripada 1 pegawai dan 35 anggota polis lelaki yang telah dilatih dengan pelbagai aspek latihan yang merangkumi latihan fizikal,latihan penggunaan senjatapi dan beberapa latihan taktikal yang dikendalikan sepenuhnya oleh Cawangan Unit Tindak Khas Bukit Aman yang diketuai oleh DSP Abdul Rahim Bin Rahman.




Majlis berakhir dengan jayanya.

Post a Comment