MAJLIS BACAAN YASSIN ISTANA NEGARA

MAJLIS BACAAN YASSIN ISTANA NEGARA

Istana Negara, 3 Jun 2016 - Bertempat di Surau Istana Negara Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia SPB Yang di-Pertuan Agong yang ke-XIV tahun 2016.



Majlis bacaan tersebut dipimpin oleh Ustaz Zulkefli Bin Salleh Pen. Pegawai Agama Islam Istana Negara dan Ustaz Nik Ridzuan Bin Nik Mohamad Peg.Hal Ehwal Agama Islam Istana Negara.
Seramai 80 orang hadir pada majlis bacaan yasin tersebut, terdiri daripada Pegawai Kanan Polis Istana Negara, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis dan Pegawai Awam Istana Negara.
Majlis bacaan yasin ini bertambah seri dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Hamimah Bt Hamidon.
Majlis bacaan yasin bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi.
Majlis telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.


I




Post a Comment