LAWATAN KEBAJIKAN KETUA PEGAWAI KESELAMATAN POLIS ISTANA NEGARA.

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA PEGAWAI KESELAMATAN POLIS ISTANA NEGARA.

Istana Negara, 28 April 2016 - YDH SUPT Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara telah membuat lawatan kebajikan keatas isteri Allahyarham Sjn 69702 Mokhtar Bin Zainal iaitu Pn.Laili Bt Makh Husin dikediaman beliau di Kajang pada jam 1.30 petang. Turut mengiringi Ketua Pegawai Keselamatan adalah SI Aman Shah Bin Baharuddin dan Sjn Rosliza Bt Saari.



YDH Ketua Pegawai Keselamatan turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada isteri Allahyarham. Allahyarham Sjn Mokhtar Bin Zainal seorang anggota yang berdedikasi dan sangat disenangi rakan setugas. Beliau meninggal dunia pada awal bulan Mac 2016 akibat sakit jantung.



Seluruh warga Polis Istana Negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham diatas pemergian insan yang tersayang. Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima ketentuan dari-Nya moga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang bertakwa.
"DARINYA KITA DATANG KEPADANYA KITA KEMBALI"

Post a Comment