KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA POLIS KUALA LUMPUR

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA POLIS KUALA LUMPUR

Istana Negara, 28 Mei 2016 – Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Kuala Lumpur telah diadakan di Stadium Mini Pancarona, Presint 18, Putrajaya.
Perlawanan akhir diantara Jabatan Pengurusan IPK KL (Istana Negara) menentang IPPD Sentul berlangsung dengan sengitnya namun telah dimenangi oleh Pasukan IPPD Sentul dengan jaringan 2 berbalas 0. Kejohanan pada kali ini dikelolakan dan diuruskan oleh IPPD Cheras.





Kejohanan ini berlangsung selama 6 hari bermula dari 23 Mei 2016 hingga 28 Mei 2016. Sebanyak 15 pasukan daripada Daerah dan Jabatan di dalam Kontinjen Kuala Lumpur telah mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini.
Majlis penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur YDH DCP Dato’ Abdul Hamid Bin Mohd Ali. Turut hadir pada majlis ini adalah YDH ACP Rasdi Bin Ramli PT Pentadbiran Polis KL. Kehadiran Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah memberikan satu suntikan semangat kepada para pemain yang bertanding dan sekaligus merasmikan majlis penutup dan menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan-pasukan yang bertanding.





Senarai pasukan yang memenangi kejohanan ini adalah seperti berikut :
1. Johan : IPPD Sentul
2. Naib Johan : Pasukan Pengurusan IPK KL (Istana Negara)
3. Tempat Ketiga : IPPD Brickfields
4. Tempat Kempat :IPPD Cheras
Tujuan kejohanan ini diadakan adalah bagi meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan, mengeratkan lagi hubungan antara daerah dan jabatan PDRM serta dapat mengenali antara satu sama lain. Disamping itu juga ia bertujuan mencungkil bakat baru pemain bola sepak di dalam PDRM untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.
Seramai lebih kurang 200 orang hadir menonton perlawanan akhir, iaitu terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, penyokong setiap jabatan dan penduduk di sekitar kawasan Putrajaya.
Kejohanan berakhir dengan jayanya.

Post a Comment