MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUTAN AWAL RAMADHAN TAHUN 2016
Istana Negara, 3 Jun 2016 - Bertempat di Dewan Serbaguna Istana Negara telah berlangsungnya majlis kesyukuran sempena meraih kemenangan pasukan bola sepak Polis Istana Negara yang mewakili Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur dan sempena menyambut awal ramadhan tahun 2016. Disamping itu juga ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama Pegawai Polis dalam pasukan PDRM sekaligus merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.
Majlis yang bermula pada jam 3.30 petang itu dihadiri oleh YDH Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara Supt Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid, ASP Amat Nazirin Bin Ismail Pen.Ketua Pegawai Keselamatan, Insp. Azizi Khairul Bin Mustapa dan turut hadir sama mengimarahkan majlis tersebut adalah P/DSP Mohammad Khairani Bin Khalid (PSO 2)
Majlis ini telah disempurnakan oleh YDH Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara Supt Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid. Semasa majlis ini beliau juga telah menyampaikan ucapan yang mana beliau berharap agar para pemain dapat memberi komitmen dalam bidang sukan pada masa yang akan datang, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih dan menghargai penglibatan kepada semua para pemain serta ucapan selamat menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba.
Turut memberi ucapan adalah P/DSP Mohammad Khairani Bin Khalid (PSO 2) juga selaku Ketua Pasukan Bola Sepak Polis Istana Negara. Dalam ucapan ini beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pemain bola sepak dan beliau berharap agar para pemain dapat memberi komitmen dalam bidang sukan dimasa akan datang sekaligus merebut kejuaraan.
Dalam majlis ini juga turut diadakan bacaan yasin dan tahlil. Bacaan tersebut dipimpin oleh SM Buhari Bin Raihan. Selesai bacaan yasin dan tahlil, turut diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari L/Kpl Normarina Bt Ishak iaitu pemenang naib johan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM 1437H / 2016M yang mewakili Istana Negara.
Seramai lebih kurang 150 orang hadir pada majlis ini. Majlis tersebut berakhir jam 4.35 petang.
Majlis berlangsung dengan lancar dan jayanya.