Seramai 36 anggota telah terlibat dalam ujian kali ini, dan 6 jurulatih/pemandu/amra yang menyelia ujian yang penuh dengan cobaan dan cabaran.
Ujian menembak dan jasmani ini adalah untuk menguji dan melatih kecekapan setiap anggota pengawal keselamatan sentiasa bersiap sedia dengan kecekapan dan kepantasan menggendalikan senjata untuk mengawal keselamatan Istana Negara.
Ini merupakan ilmu dan kemahiran yang penting dimiliki oleh semua anggota supaya keselamatan sentiasa di tahap yang maksima.
Cabaran dan dugaan yang di lalui setiap anggota menambahkan lagi keyakinan diri menghadapi halangan dan rintangan semasa menjalankan tugas yang mendatang. Itulah harapan Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara dalam Visi dan Misi Pasukan.
Ketabahan setiap anggota yang menjalani ujian tembak dan jasmani ini sangat di puji kerana menunjukkan komitmen dan keyakin diri setiap latihan dan ujian yang di laluinya.
Selain daripada Ujian Tembak dan Ujian Jasmani , perlawanan persahabatan bola sepak di antara staf Pusat Latihan PGA Ulu Kinta juga di adakan bagi mengeratkan silaturohim di antara peserta ujian dan juga staf Pusat Latihan PGA.
Post a Comment