LAWATAN KE HOSPITAL PUTRA JAYA

Kuala Lumpur : Pada 20 April 2015 hari Isnin Seramai 9  anggota Polis Istana Negara di ketuai oleh SM Buhari bin Haji Raihan  bersama P/ASP Faridah bte Mohamad Amin  dari Hrmis Bukit Aman Kuala Lumpur telah membuat lawatan  ke atas adik Ammar Qayyum bin Azizi Khairul  anak kepada Insp. Azizi Khairul bin Mustapa di Hospital Putra Jaya .

Adik Ammar Qayyum telah di masukan ke hospita kerana sakit batuk dan paru-paru. Keadaannya setabil dan beransur pulih dan sihat.

Lawatan kebajikan seperti ini akan di buat kepada anggota, atau ahli keluarga yang masuk hospital ataupun sakit di rumah. Ini merupakan pendekatan bagi mengeratkan silaturohim antara staf dan memberi sokongan spritual kepada pesakit itu sendiri.

Selain daripada berkumpulan lawatan secara individu selepas waktu pejabat juga di galakan kepada semua anggota rakan setugas di Istana Negara.


Post a Comment