Istana Negara : Pada 29 April 2015 hari rabu jam 8.30 pagi, latihan asas T-Baton siri -2 telah diadakan di parking 'C' Istana Negara Kuala Lumpur. Kehadiran seramai 60 orang termasuk dari bahagian pemandu pengiring, pengiring peribadi , pengiring bermotosikal dan kawalan keselamatan.
Latihan
asas kali ini mengambil masa selama satu jam setengah bagi setiap
sesi latihan. Tips keselamatan juga diajar dan boleh dipraktikkan oleh setiap anggota semasa di dalam operasi terutamanya ketika situasi yang merbahaya.
Penggunaan T-Baton sebagai senjata
mempertahankan diri oleh pasukan polis berupaya mengurangkan penggunaan senjata
api sekaligus menangkis tanggapan negatif terhadap pasukan itu ketika membuat
tangkapan.pengguna T-Baton perlu bersikap rasional tanpa
dikuasai emosi agar T-Baton dapat diaplikasikan secara berhemah dalam apa jua
situasi.
Post a Comment