KULIAH FARDHU AIN MINGGUAN (2)

Pada 07 April 2015 bertempat di surau Istana Negara telah diadakan Kuliah Fardhu Ain yang didatangkan khas dari IPK K.L oleh Ustaz Ahmad Shahir Bin Abd Latif (BAKA).





Tajuk Kuliah kali ini adalah beristinjak. Istinjak bermaksud menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga  kesan najis itu dibersihkan.  






Istinjak dengan Air: -
  • Siramkan air mutlak, gunakan tangan kiri
  • Basuh qubul atau dubur gunakan tangan kiri
  • Basuh hingga bersih


Istinjak dengan Benda Kesat: -
  • Guna sekurang-kurangnya 3 biji batu atau benda kesat
  • Gosok pada qubul atau dubur sehingga diyakini bersih

Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak sekiranya ketiadaan air :-
  • batu
  • daun kering
  • kulit kayu
  • tisu




Syarat Istinjak
  1. Menghilangkan rasanya.
  2. Menghilangkan baunya.
  3. Menghilangkan warnanya.
Rukun Istinjak.
  1. Seorang Islam.
  2. Alat untuk istinjak samada dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya.
  3. Tempat yang diistinjak iaitu qubul dan dubur.
  4. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.


Post a Comment