Kursus Pengurusan Jenazah siri 1/2014

Pada 10 April 2014 telah berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah siri 1 di Masjid Negara. Kursus ini bermula dari jam 0800 hrs hingga jam 1700 hrs yang di kendalikan oleh  Masjid Negara dengan disajikan minum pagi , makan tengahari dan minum petang. Sementara ceramah dan praktikal memandikan mayat di kendalikan oleh 3 orang ustaz . Ustaz Mohd Nazar dari Hospital Besar Kuala Lumpur, Ustaz Zamri  dari Masjid Negara , dan Ustaz .  Urusetia Ustaz Samsuddin, Ustaz Firdaus dan Sjn Buhari.
Kursus Pengendalian Jenazah ini adalah kerjasama sepenuhnya dari Masjid Negara. Siri 1 ini melibatkan kepada Kumpulan Bravo Pengawal Istana dan Bodyguard serta  trafik. Kursus ini adalah julung kalinya melibatkan kepada anggota Polis Istana Negara yang ramai. 
Kursus ini juga telah membuka minda kepada peserta, bahawa kehidupan ini adalah ketentuan ALLAH. Kematian menjemput kita tidak bergantung kepada umur tua atau muda.
Selain ceramah , praktikal cara memandikan jenazah juga di laksanakan. Salah seorang dari peserta telah terpilih untuk di mandikan. Ketabahan dan keyakinan peserta ini  untuk di mandikan sangat di hargai dan di sanjung tinggi. 
Setelah di mandikan kemundian di kafankan pula. Seorang peserta juga telah di pilih untuk menjadi model di kafankan. 
Urusetia memainkan peranan penting agar program kursus berjalan lancar dan berjaya. Ustaz-ustaz inilah yang mengatur keperluan semasa kursus.

Gambar yang lain boleh di lihat di Facebook : Pengamana Istana.



Post a Comment