Kursus Pengendalian Jenazah siri 2/2014

Pada 16 April 2014 hari Rabu , Kursus Jenazah telah di jalankan di Masjid Negara dari Kumpulan Delta. Seramai 47 pegawai dan anggota telah hadir dalam kursus kali ini. Kursus yang di anjurkan oleh Masjid Negara bersama Polis Cawangan  Istana Negara  sangat memberi menafaat kepada semua pegawai dan anggota yang ada mengikuti kursus ini. Sangat rugilah sesiapa yang enggan mengikut kursus ini.
Hukum Menziarahi Orang Sakit
Hukumnya sunat dan besar pahalanya.
Menurut Imam Nawawi – sunat muakkadah (سنة مؤكدة).
Galakan ziarah Orang Sakit
Hadith galakan menziarah orang sakit

إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْقَةِ الْجَنَّةِ  (الترمذي)
                Ertinya : Seseorang Muslim apabila ia menziarahi saudaranya yang Islam ia sentiasa memetik buah-buahan Syurga.  Iaitu umpama orang yang berjalan di dalam Syurga dan memetik buah-buahan di dalamnya.

   مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُوْدُ مُسْلِمًا غَدْوَةً إِلاَّ صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِىَ وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إِلاَّ صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَكَانَ خَرِيْفٌ فِى الْجَنَّةِ.
    Ertinya :  Seseorang Islam yang menziarahi saudaranya yang sedang sakit pada sebelah pagi, tujuh puluh ribu malaikat akan sentiasa mendoakan supaya diampunkan dosa-dosanya hingga ke petang dan apabila ia menziarahi pada sebelah petang, tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakan supaya diampunkan dosanya hingga ke pagi dan baginya kebun-kebun tempat memetik buah-buahan di Syurga kelak.
Mati Suatu Ketetapan
Setiap yang hidup pasti akan melalui kematian.
Dari ayat al quran :  Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati, kemudian kepada Akulah dikembalikan. 
(Surah Al-Ankabut : 57)
 
Tanda Orang yang hampir mati
Kening yang luas jatuh sedikit.
Pelipis turun/ lekuk.
Hidung tunduk
Pergelangan tangan renggang.
Tapak kaki lurus.
Cuping telinga kendur/lembik.
Buang tebiat sebelum kematian.
Berlaku kekejangan anggota sebelum mati.
Keluar peluh yang besar berwarna kuning.

Kunjungan tiga kali oleh malaikat rahmah.

Gambar-gambar lain boleh di lihat di paparan Facebook : Pengaman Istana

Post a Comment