Amalan sunat di lakukan ke atas si mati.
•
Buangkan najis / kekotoran pada jenazah
•
Gantikan semua pakaiannya
•
Letakkan di tempat agak tinggi mengadap
kiblat
•
Tanggalkan segala yang palsu
•
Pejamkan mata jenazah
•
Tutupkan mulut
•
Letakkan objek berat atas perut jenazah
•
Letakkan wangian
•
Tutupkan jenazah dgn kain bersih
•
Jelaskan semua hutang simati.
Cara mandi Jenazah
q Letakkan
jenazah terlentang di tempat mandi
q Basahkan
seluruh badan jenazah
q Buang
najis qubul & dubur (sucikan)
q Sabun
seluruh badan & buang kekotoran
q Ratakan
air seluruh badan (mandi)
q Mandikan
dengan air kapur barus
q *SUNAT
ketika mandi: wudukkan.
MEMANDIKAN JENAZAH
¢ Tempat
mandi mayat hendaklah terlindung dari pandangan ramai.hanya oran yang
memandikan dan penolongnya sahaja berada disitu.waris terdekat juga dibolehkan
walaupun tidak memandikan
¢ Semasa
memandikan mayat, hendaklah menutup badannya dengan sehelai kain yang sedikit
nipis supaya auratnya terlindung.
¢ Orang
yang memandikan mayat hendaklah membalut tangannya dengan sepotong kain perca
dan lebih elok dialas dengan sarung tangan getah.
¢ Segala
perbuatan yang dilakukan semasa mandi hendaklah dilakukan dengan lemah lembut
dan penuh hormat.
¢ Kemudian
diiringkan mayat kesebelah kirinya dan dibasuh lambung kanannya bahagian
belakang meliputi bahu belakang,rusuk, punggung, paha kanan dan terus kehujung
kaki kanannya
Ø Sunat membaca doa :
Ghufra
naka ya Allah rabbana wailaikal masirr
¢ Kemudian
diiringkan mayat kesebelah kanannya dan dibasuh lambung kirinya bahagian
belakang seperti itu juga dari bahu dan belakang badan hingga ke hujung kaki
kirinya.
Ø Sunat
membaca doa :
Ghufra naka ya
rabbana wailaikal masirr
¢ Kemudian
membilas seluruh badan mayat dengan air semata-mata untuk menghilangkan kesan
bau serbuk daun bidara.
¢ Kemudian
baharu dimandikan dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus padanya
meliputi seluruh badan mayat (dari hujung rambut hingga hujung kakinya dan
meliputi bahagian hadapan serta belakngnya.
¢ Semuanya
itu dikira sat kali dan dengan itu selesailah mandi wajibnya.cara mandi
demikian sunat diulangi sehingga tiga kali untuk menyempurnakan kebersihannya.
¢ Jika
perlu sunat ditambah sehingga lima atau tujuh kali seperti tersebut dalam hadis
yang lalu.
Gambar yang lain boleh di lihat di FB , Pengaman Istana.
Post a Comment