LDP Jungle Tracking 4 - Kump. Charlie

Latihan Dalam Perkhidmatan Jungle Tracking pada hari ini Rabu 25/3/2014 merupakan aktiviti LDP yang terakhir pada bulan ini. Kumpulan Charlie penutup bagi bulan ini LDP Jungle Tracking yang telah di mulakan mulai awal bulan Mac yang lalu. Sesungguhnya ianya membawa pengertian yang mendalam di samping  pengajaran serta  ketahanan fizikal dan mental dalam menguji kesabaran dan kerjasama yang jitu kerja berpasukan.
Dalam apa juga situasi , setiap arahan yang di sampaikan mestilah di patuhi dan di ikuti. Kerja berkumpulan memerlukan bersatu hati menghadapi apa jua dugaan dan halangan supaya mendapat kejayaan yang cemerlang.
Keletihan yang di lihat di wajah setiap peserta melambangkan kesungguhan dalam latihan yang di ikuti. Tidak ada seorang pun yang tercicir dalam menjejaki tepian primeter kali ini. Begitu juga tiada kecederaan yang di alami setiap anggota yang mengikuti Jungle Tracking kali ini.
Inisitif Kumpulan Charlie ini ialah menghidangkan jamuan nasi lemak dan air minerial selepas latihan dengan dana fund kumpulan tersebut. Ini adalah bagi mengeratkan lagi silaturohim antara mereka dalam menjalankan tugas yang di amanahkan.
Latihan ini yang memenatkan namun ia menyeronokan kerana di buat secara berkumpulan dengan rakan-rakan seperjuangan. Bermacam-macam kerenah telah di tunjukan setiap anggota sepanjang latihan ini.

Penyelia yang mengetuai kumpulan Charlie iaitu  Sjn Amran Kassim  masih agresif dengan latihan dan jogging setiap minggu. Mempunyai wawasan dalam hidup penuh semangat berdarah muda. 
Lain-lain gambar boleh di lihat di Facebook : Pengaman Istana.




Post a Comment