Latihan ini mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam kerana banyak perkara dan ajenda yang tersimpul dalam Latihan ini. Pengalaman yang luas jurulatih ini yang pernah berkhidmat dalam Pasukan Bangsa-Bangsa Bersatu mengunakan pengalamannya mencurahkan ilmu yang ada untuk anggota di bawah pimpinannya.
Latihan ini menerapkan beberapa perkara yang tersurat dan tersirat tanpa di sedari oleh anggota yang terlibat dalam latihan ini. Antaranya adalah i) Sifat berkerjasama ii) Tolong menolong iii) Mengenal erti kesabaran iv) Kerja berkumpulan v) Penerimaan arahan yang di sampaikan vi) Tidak pentingkan diri sendiri vii) Bangga diri sendiri viii) menguji kekuatan fizikal dan mental dan lain-lain lagi.
Sampai di LP yang pertama semua anggota masih menunjukan komitmen yang padu dalam ketinggian 30 meter dari paras laut. Lp seterusnya adalah untuk menguji kesabaran dan komitmen semua anggota.
Jurulatih sedang membuat penilaian sejauh mana komitmen semua anggota dalam latihan yang telah di jalankan sehingga selesai di latihan ini.
Post a Comment