Kursus Pemantapan Fardu Ain

Pada 29 Oktober 2013 hingga 30 Oktober 2013  hari Selasa  hingga Rabu telah berlangsung KURSUS PEMANTAPAN FARDU AIN siri 2/2013 anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling ( Baka ) Ipk Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 40 orang termasuk anggota polis dan kakitangan awan yang bertugas di PDRM.

WALI DALAM PERKAHWINAN
Makna Nikah.
NIKAH BERASAL DARI PERKATAAN ARAB.MAKNANYA BERKUMPUL ATAU BERHIMPUN DAN DARI SEGI SYARAK IALAH AKAD YANG MENGHARUSKAN BERSETUBUH DENGAN PERKATAAN NIKAH ATAU TAZWIJ ATAU TERJEMAHANNYA
RUKUN-RUKUN NIKAH.
1.LAFAZ IJAB DAN KABUL
2.WALI
3.DUA ORANG SAKSI
4.CALON SUAMI
5.CALON ISTERI

MAKSUD WALI
WALI ADALAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PEREMPUAN YANG HENDAK DIKAHWINKANNYA MENGIKUT SUSUNAN YANG TERTENTU

SYARAT-SYARAT WALI
1.ISLAM
2.BERAKAL
3.BALIGH
4.MERDEKA(BUKAN HAMBA SEHAYA)
5.LELAKI
6.TIDAK DALAM IHRAM
7.ADIL 8.TIDAK DIPAKSA

USTAZ HAZMAN B.HJ.HASHIM

SUSUNAN WALI.
1.BAPA
2.DATUK SEBELAH BAPA
3.SAUDARA LELAKI SEIBU SEBAPA
4.SAUDARA LELAKI SEBAPA
5.ANAK LELAKI KEPADA SAUDARA LELAKI SEIBU SEBAPA
6.ANAK LELAKI KEPADA SAUDARA LELAKI SEBAPA
7.BAPA SAUDARA DARIPADA PIHAK BAPA SEIBU SEBAPA
8.BAPA SAUDARA DARIPADA PIHAK BAPA SEBAPA
9.ANAK LELAKI KEPADA BAPA SAUDARA DARIPADA PIHAK BAPA SEIBU SEBAPA
10.ANAK LELAKI KEPADA BAPA SAUDARA DARIPADA PIHAK BAPA SEBAPA


JENIS-JENIS WALI
1. WALI NASAB (SEPERTI SUSUNAN DI ATAS)
2. WALI HAKIM/WALI SULTAN-IALAH ORANG YANG DILANTIK ATAU DIANGKAT OLEH       SULTAN ATAU RAJA UNTUK MENJADI WALI PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG TIDAK       BERWALI SEBAGAI GANTI DARIPADA SULTAN, SEPERTI DIANGKATNYA KADI,ATAU         NAIB KADI ATAU MEREKA YANG DIBERI TAULIAH JURUNIKAH.
3. WALI TAHKIM-(TIDAK PAKAI DI MALAYSIA)-IALAH LELAKI DAN PEREMPUAN YANG       HENDAK BERKAHWIN ITU MESTI HADIR DI HADAPAN ORANG YANG                         
    MENGAKADNIKAHKANNYA DENGAN MELAFAZKAN LAFAZ TAHKIM. SEBAIK-       
    BAIKNYA ORANG YANG DILANTIK MENJADI WALI TAHKIM ITU HENDAKLAH ORANG 
    YANG BERTAKWA DAN WARAK.

INI ADALAH ANTARA PESERTA KURSUS YANG BEGITU KHUSUK MENDENGAR CERAMAH YANG DI SAMPAIKAN OLEH USTAZ.


Korban di Istana 2013

Pada 17 Oktober 2013 hari Khamis bersamaan 13 Zulhijah 1434 berlangsunglah Ibadat Korban di belakang bangunan JKR Istana Negara, Kuala Lumpur. Sebanyak 7 ekor lembu telah di korbankan dan di sembelih dengan selamat yang di perhatikan oleh Dr Jabatan Haiwan Kuala Lumpur.


1. Ibadah korban bermaksud; menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
2. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.

Hukum ibadah korban
1. Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad. Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat ini menjadi wajib jika dinazarkan.
2. Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).
3. Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.

Fadhilah ibadah korban
1. Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan).
2. Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” (Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).


Syarat-syarat binatang korban
1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun).
2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.


3. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).
4. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.


Urine test 2013

Pada 18 Oktber 2013 hari Selasa Sepasukan anggota Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di ketuai oleh Sub Insp. Abdullah bersama 7 anggotanya telah membuat saringan air kencing (Urine test ) anggota Istana Negara. Ada dua kategori urine test di jalankan. Pertama untuk anggota confirmation jawatan konstabel. Kedua untuk anggota bagi laporan Sistem Kawalan Disiplin dan Narkotik.

Seramai 130 anggota telah menjalani urine test pada hari tersebut.  Saringan kencing berjalan lancar dengan semua anggota memberi kerjasama yang jitu dan kecekapan anggota Narkotik IPK Kuala Lumpur menjalankan tugasnya. 
Sementara menunggu giliran untuk di ambil air kencing bermacam-macam cara dan gaya kerana gelisah menunggu masa untuk menjalani urine test.

Urine test adalah tapisan pra syarat untuk di sahkan dalam jawatan. Ini untuk mempastikan semua anggota PDRM bebas dari dadah. Setiap anggota tidak terkecuali daripada ujian saringan air kencing sekurang-kurangnya setahun sekali.

Setakat ini tiada anggota yang di dapati positif dadah dan semuanya negetif dadah, ini bermakna anggota tiada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Syabas dan tahniah kerana hidup bebas dari dadah yang merbahaya.





Pingat Bentara Pasukan Polis

Darjah pangkat kelima ini dianugerahkan kepada semua peringkat Pegawai Rendah Polis termasuk kurniaan Kehormat kepada Pegawai-Pegawai Rendah Polis Negara Asing yang mempunyai pangkat setaraf.


Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis telah berlangsung di Balairung Seri , Istana Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2013 mulai jam 0730 pagi hinggalah selesai lebih kurang jam 1130 hrs. Seramai lebih kurang 291 Pegawai dan Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia telah menerima berbagai Pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Diraja Malaysia. 


Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyampaikan Pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis.



Pingat-Pingat yang telah di sampaikan oleh SPBYDPA ialah
i)  Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)
ii)  Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP)
iii)  Pahlawan Pasukan Polis (PPP)
iv)  Kesatrian Pasukan Polis (KPP)
v)  Bentara Pasukan Polis (BPP)
vi)  Pingat Keberanian Polis (PKP)


Bersama Pegawai Agama Istana Negara Us Zulkifli bersama Sjn Buhari Haji Raihan di dewan santapan selepas menjamu selera yang dihidangkan.


Sjn Amran (Delima Merah) bersama Sjn Buhari bin Haji Raihan sedang di ambil gambar rakan setugas Kpl Faizal.

Dato' Aziz Ketua Pegawai Agama Istana Negara bersama Sjn Buhari  merakam ingatan di lobby Istana Negara.


Sjn Buhari bersama Sm Mohd Toyar bin Abdul Hamid dan isteri serta ibunya. Bermacam-macam pengalaman dan sejarah  pertama kali memasuki Istana Negara.

Bergambar bersama TJ

Pada 09 Oktober 2013 jam 1000 pagi sisi  bergambar bersama Supt. Jamalulial








































LDP Jungle Tracking

                   Di keheningan pagi yang damai dan tenteram pada  08 Oktober 2013  jam 0830 hrs, di Istana Negara Kuala Lumpur   Kumpulan C seramai 34 anggota dari pengawal keselamatan Istana Negara yang di ketuai oleh Sjn Amran  telah diarahkan untuk menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan Jungle Tracking tepi pagar di sekeliling Istana Negara. Latihan Dalam Perkhidmatan ini di kendalikan oleh 2 orang Pegawai Kanan iaitu Insp. Mohamad Ibrahim dan Insp Azizi. Sebelum latihan bermula panggil nama di adakan di Lording Bay untuk menyampaikan taklimat dan do and done sepanjang latihan nanti.
Kumpulan C'

               Latihan Jungle Tracking ini sebenarnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Walaupun laluannya hanya di persekitaran Istana Negara namun ianya sungguh mencabar dan memenatkan serta meletihkan. Namun persiapan diri perlu ada antaranya stretching . Kali ini stetching ( rengangan ) di kendalikan oleh Insp. Azizi.
Insp Azizi
Insp Azizi
                     
                 Jungle Tracking ini di jangka mengambil masa 2 jam berjalan kaki dan 1 1/2 jam berjalan dan berlari. Ini merupakan aktiviti yang pertama di adakan bagi anggota pengawal keselamatan Istana Negara. Kumpulan ini merupakan pembuka jalan bagi aktiviti lasak di jalankan sebagai aktiviti bulanan. 

Kpl Zakaria
Dalam mengikuti aktiviti lasak ini, bagi yang berumur pastikan mengikut kemampuan kudrat yang ada. Jangan memaksa diri hingga boleh memudaratkan diri sendiri. Tetapi yang masih muda,  pastikan gunakanlah  tenaga yang masih kuat untuk menguji kebolehan diri sendiri.

Kpl Musthapa ( Oderly Sjn )


Jungle tracking bermula pada jam 0910 hrs dari pintu 3 dan akan tamat pada pintu 3 juga dan di jangka mengambil masa 2 jam untuk sampai ke tempat penamat. 
Pintu 3


Pemandangan  Indah Istana Negara di lihat dari sebuah bukit yang kami daiki dalam perjalan jungle tracking sungguh menakjubkan.  Track yang kami lalui ini merupakan kawasan yang masih kawal kami bertugas. Ketinggian bukit ini di anggarkan 500 meter dari paras laut.




Kpl Rozana hampir pengsan semasa  berada di atas bukit kerana tekanan udara yang rendah. Dia terpaksa berehat seketika sebelum meneruskan perjalanannya ke garis penamat aktiviti ini.
Kpl Rozana




Setelah mengharungi perjalanan  hampir 2 jam maka pada jam 1045 hrs sampailah ke penamat jungle tracking di  Rumah Kelab JKR . Di sini telah di jamu nasi lemak dan air mineral oleh kumpulan 'B' kepada semua yang mengikuti aktiviti ini . Selain dari anggota kumpulan 'B', anggota pejabat juga terlibat salam dalam aktiviti ini.

Insp Mohamad Ibrahim



Sedang menikmati jamuan yang telah disediakan nasi lemak bersama air mineral.  Oleh kerana telah penat dan keletihan dan kelaparan semua yang di hidangkan habis di makan. Alhamdulillah


Peperiksaan Pertengahan Pasukan

Pada 1 Oktober 2013 hingga 3 Oktober 2013  Peperiksaan Pertengahan Jabatan PDRM telah berjalan dengan lancar, dan teratur selama 3 hari iaitu hari  Selasa, Rabu dan Khamis . Subjek peperiksaan yang telah ditetapkan adalah Kanun Keseksaan, Kanun Acara Jenayah, Undang-Undang Am, Akta Polis/PTKPN dan Akta Keterangan. Kontinjen Kuala Lumpur mempunyai lebih kurang 300 anggota pangkat rendah yang telah menduduki peperiksaan pada kali ini. 


Pusat Peperiksaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada siri 2/2013 kali ini di jalankan di Dewan CIDB , Convention Centre, Kuala Lumpur. Dewan ini sungguh besar dan amat selesa serta berhawa dingin. 


Jam inilah yang menjaga masa kami semasa peperiksaan. Tidak bolih lewat seminit pun untuk bermula dan berhenti menulis jawapan. Jam ini amat setia pada tuannya, tetapi calon peperiksaan lalai dengan masa yang terus berlalu.

Peperiksaan Undang-Undang Pertengahan Pasukan siri 2/2013 ini di kendalikan oleh Badan yang terpilih dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.  Badan peperiksaan ini di ketuai  oleh DSP Hanafi  Pegawai Gerakan IPK Kuala Lumpur dan di bantu oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang bertugas di Kontinjen Kuala Lumpur. Insp.Liza  dari Ibu Pejabat Polis Putra Jaya juga terlibat sebagai pengawas peperiksaan kali ini.


Bermacam ragam calon peperiksaan  untuk menjawab soalan yang begitu mencabar kerana peperiksaan ini adalah tiket/syarat untuk mohon jawatan Pegawai Kanan Polis selain syarat-syarat yang sedia ada untuk di patuhi.


Inilah wajah-wajah pemimpin masa depan yang berpotensi hebat bagi meneruskan agenda pasukan yang di hormati dan disegani serta di geruni. Berusaha menimba ilmu demi menambahkan kecekapan dalam menjalankan tugas yang semangkin mencabar ini.

Kpl Hasnan adalah anggota yang  cekap dalam mengendalikan kenderaan bermotor. Selain penuh ilmu di dada beliau mahir dalam berbicara.

Menggunakan Otak dan fikiran yang sihat sahaja yang dapat menghasilkan productiviti yang bermutu. Begitulah yang di bicarakan oleh Kpl Faizal calon dari Istana Negara yang menguasai control kawalan keselamatan di Istana Negara dalam Kumpulan 'A'.


 .

Kpl Ismawi adalah calon peperiksaan Akta Keterangan untuk kedua kali menduduki peperiksaan ini. Menguasai ilmu CCTV yang di pasang di Istana Negara keseluruhannya. Anggota harapan yang dapat mengendalikan CCTV di pusat kawalan.


Meskipun sudah jadi orang lama namun Kpl Zahir tetap gigih lagi untuk meningkatkan ilmu dengan mengambil peperiksaan Undang-Undang Pertengahan Pasukan ini. Begitu tenang untuk menghadapi peperiksaan setelah membuat persiapan yang rapi sepanjang malam sebelum menduduki peperiksaan ini.


 Rajin dan Usaha tangga kejayaan, itulah prinsif hidup Kpl Norjan yang begitu gigih metelaah buku Akta Keterangan di saat akhir menghadapi peperiksaan. Calon ini adalah dari Istana Negara cawangan  pentadbiran PDRM.


K/Shazmeer anggota muda dalam pasukan yang telah bersedia mengharungi cabaran-cabaran semasa yang akan di tempuhi dalam melaksankan tugas yang semangkin kriktikal. Advance dalam ilmu kepolisan nampak menyerlah setelah melepasi tangga keduan peperiksaan dalan pasukan

.
Sjn Misbah dari cawangan tatatertib IPK Kuala Lumpur bukan sahaja memerah otak tetapi habis setiap urat diperah untuk mengeluarkan idea yang ada untuk menjawab setiap soalan dalam peperiksaan ini.


Buhari haji Raihan adalah Penulis Blog ini, Dia juga tidak ketinggalan untuk menduduki peperiksaan Pertengahan Pasukan yang julung-julung kalinya  di ambil. Redha dengan apa yang ada dalam kehidupan.


Sjn Manab dari cawangan latihan IPK Kuala Lumpur walaupun rambut telah beruban namun untuk memajukan diri sendiri tidak ketinggalan menduduki peperiksaan ini.


Insp Liza dari IPD Putra Jaya sebagai pengawas peperiksaan.