Aktiviti ini memerlukan kepada ketahanan Fizikal dan mental kerana ia mengambil masa lebih kurang 2 jam berlari dan berjalan dengan mendaiki bukit dan menuruni lurah yang juram.
Ianya sungguh mencabar dan amat memenatkan, namun semangat yang ada pada Pegawai dan Anggota pengaman Istana kali ini menghasilkan kerjasama dan komitmen yang padu bersama untuk mencapai matlamatnya sampai ke tempat penamat.
KPK mendahului terjah yang belum pernah di buatnya sebelum ini di kawasan ini. Hanya sesetengah Pegawai seperti Insp.Azizi dan anggota seperti Konst.Apai.
Inilah cabaran-cabaran yang menanti kepada setiap Pegawai dan anggota yang menjalankan aktiviti Jungle tracking yang di jalankan.
Bukan hanya Anggota lelaki saja yang terlibat tetapi anggota wanita juga tidak terkecuali mesti mengikuti aktiviti lasak ini. Di sinilah letaknya kerjasama, tolong menolong, bantu membantu antara satu sama lain.
Tidak ketinggalan juga Anggota ini terlibat sama dalam aktiviti lasak pada pagi ini dari garis permulaan hingga ke garisan penamat.
Sebelum bersurai senaman merengangkan otot dijalankan agar otot yang tadinya tegang menjadi lebut sebelum meneruskan tugas yang perlu dilaksanakan.
Gambar-gambar yang lain dan cerita lain boleh di lihat di FB Pengaman Istana.
Post a Comment