Ujian Tembak dan Jasmani siri 1/2014 telah berlangsung selama 6 hari mulai 26 Januari 2014 hingga 31 Januari 2014 yang telah di jalankan di Bde Utara PGA di Ulu Kinta, Perak. Seramai 60 anggota telah terlibat dalam ujian kali ini yang di ketuai oleh Insp Azizi dan Sjn Amran dari cawangan Pengawal Keselamatan. Istana Negara. Sementara Jurulatih dari IPK Kuala Lumpur dan Bodyguard Istana Negara.
Meskipun dalam perjalan konvoi dari Istana Negara ke Ulu Kinta mengalami sedikit masalah iaitu van rosak di tepi jalan, namun ia dapat di atasi dengan segera oleh seorang anggota yang mahir dalam makenik.
Program sepanjang Ujian Menembak dan jasmani ini bermula jam 6.45 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Ini amat menguji kecergasan fizikal dan kesihatan mental menghadapi cabaran yang menanti.
Selaian dari ujian menembak dan jasmani , kerjasama juga di titik beratkan kerana setiap anggota memerlukan bantuan antara satu sama lain. Inilah di namakan kerja berpasukan.
Sarjan Kawalan yang terlibat kali ini adalah Sjn Amran dari Kilo Papa kumpulan 'C'.
Sylibus yang di atur amat rapi dan terancang, meskipun ia hanya selama 6 hari namun semua aktiviti lengkap dan sempurna.
Latihan begini adalah untuk kekuatan tangan semasa ujian menembak di jalankan.
1 comments:
Terbaik
ReplyPost a Comment