SAMBUTAN HARI RAYA 2013 ANGGOTA SHIFT 'A'


Majlis Sambutan Hari Raya dan jamuan perpisahan anggota shift 'A' yang telah bertukar shift dan bertukar kecawangan lain.  . Majlis ini telah di adakan pada 02 September 2013 jam 1230 hrs di Dewan Serbaguna Perumahan Polis, Desa Tasik , Sungai Besi Kuala Lumpur.Tetamu jemputan  yang hadiri ialah  Pen. Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara Tuan Amat Nazirin dan Pegawai Kanan Keselamatan Istana Negara Tuan Azizi serta Penyelia shift En Amran dan En Zahriman. Sementara tetamu yang dirai ialah anggota yang bertukar cawangan dan shift En. fikri,En. Hafizi, En. Faizul (Nepal) dan En.Halim. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah dengan dihiburkan lagu-lagu raya yang di nyanyi oleh tetamu yang hadir..


Ucapan yang di sampaikan oleh Pen.Ketua Pergawai  Keselamatan di Majlis Sambutan Hari Raya 2013 dengan mengucapkan tahniah kerana dapat mengadakan majlis ini dengan baik. Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Raya  maaf Zahir dan batin kepada semua yang hadir.

Juruacara En.Zahir dan DJ En.Azmi adalah orang  yang berpengalaman mengendalikan majlis. Mereka  merupakan nadi kemeriahkan  sesuatu acara dan program yang dijalankan. Boleh menghiburkan  dengan menyampaikan nyanyian samada bersama kugiran ataupun karaoke. Jemputan dan sewa peralatan juga di sediakan. Selamat maju jaya.

Anggota yang setia memberi komitmen sehingga majlis selesai dan membuat gotong-royong pembersihan dewan dan  mengemas kerusi meja. Mereka ini yang menjadi pengerak dan pendokong sesuatu majlis dan aktiviti yang di jalankan.

Penyampaian cenderahati kepada En.Hafizi yang telah bertukar kumpulan dan shift 'A' di sampaikan oleh Pen.KPK Tuan Amat Nazirin.


Penyanyi berbakat yang terpendam En Azmi menyampaikan lagu raya, Beliau DJ di impot dari Semenyeh yang sentiasa pro aktif dalam semua bidang.

Penolong Ketua Pegawai Keselamatan menyampaikan sebuah lagi jiwang  dan mendapat tepukan gemuruh daripada semua yang hadir.  Seorang ketua yang disegani dan berwawasan.

Pegawai keselamatan Tuan Azizi turun menyampaikan sebuah lagi berirama slow rock dengan penuh perasaan.  Beliau selalu karaoke di rumah sahaja bersama keluarga.


1 comments:

Post a Comment