Latihan Dalam Perkhidmatan


Latihan Dalam Perkhidmatan

Penceramah Khas ialah Tuan Amat Nazirin bin Ismail P/KPK Istana Negara. LDP ini di adakan pada 9 September 2013 mulai jam 0900 hrs hingga jam 1130 hrs bertempat di kafeteria trafik Istana Negara , Kuala Lumpur.  Latihan ini di hadiri oleh kumpulan 'A' dan kumpulan 'C' seramai 70 anggota. Tuan Amat Nazirin  baru selesai menghadiri kursus yang sama selama 2 bulan dan tanpa berlengah menyampaikan ilmu yang di perolehi kepada semua anggota di bawah kawalannya. Ini adalah sifat beliau yang suka perkongsian ilmu yang dimilikinya.


Tajuk syarahan : CBRN.
Syarahan yang di sampaikan berkaiatan dengan 'Role of First Responder to CBRN Incidents'. Ianya tindakan perlu di ambil oleh orang pertama di tempat kejadian. Apa yang perlu di buat, bagaimana tindakan perlu di lakukan, siapa yang mesti mengambil tindakan seterusnya, bagaimana penilai kejadian yang berlaku.  CBRN adalah singkatan kepada Chemical Biological Radiogical Nuclear Explosive. Kejadiann ini sememangnya sukar  untuk di nilai kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, hanya kesan yang dapat di lihat setelah terkena. Di antara kesannya adalah gatal-gatal , melecur, bintik -bintik hitam di kulit , lemah anggota badan,  mata pedih dan boleh menjadi buta , anak di lahirkan cacat, mandul dll.


Majlis Keselamatan Negara
Ada beberapa ketegori dalam MKM
> MKM 18 adalah berkaiatan Penganas.
> MKM 20 adalah berkaiatan Bencana
> MKM 21 adalah berkaiatan Ketenteraman Awam

Radiogical
Ada beberapa taraf keadaan kesan radiogical.
* Alpha
* Beta
* Gama

Syarahan di selang-selikan dengan ketawa bagi menghilangkan ngantuk di mata pendengar. Kegelisan ini berlaku apabila masa syarahan masuk 2 jam lebih. Ini adalah realiti sesuatu masa syarahan yang panjang akan meletihkan dan mengantuk sekiranya tidak di selang-selikan dengan jenaka dan gelak ketawa.

Ini adalah dari kumpulan 'A' atau shift 'A' yang hadir dalam LDP ini.

Peserta dari kumpulan 'C' di ketuai  En Amran

Peserta LDP ini sangat berminat dan teruja dengan syarahan yang di sampaikan

Setelah selesai latihan dalam perkhidmatan  selama 2 1/2 jam dan lega dengan tersenyum lebar En Zahir ini.

Kasut boot dengan harga RM250 dari pembekal .

Siap sedia untuk bergerak  bila-bila masa transport dan trafik

Post a Comment