Pada 24 September 2013 telah di adakan Mesyarat Agong yang ke 40 Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kuala Lumpur. Mesyuarat telah di rasmikan oleh YDH Senior DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur pada jam 0930 hrs di Dewan Meranti Tkt. 10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen , Kuala Lumpur.
Ahli Jawatankuasa, perwakilan dan pemerhati telah hadir dalam mesyuarat kali ini dan di anggarkan 250 orang yang hadir.
Mesyuarat kali ini lebih kepada pembentangan cadangan yang telah berjaya di perjuangkan dan yang akan cadangkan untuk di bawa ke pihak berkuasa di masa akan datang.
Anggota ini merupakan pemerhati dari Istana Negara yang dijemput khas bagi menyaksikan kelancaran dan ketelusan perjalanan mesyuarat kali in.
Terlalu memikirkan perjalanan mesyuarat yang sedikit kecoh menyebabkan En Aman Shah pening kepala.
Oleh kerana minum pagi agak lewat lebih kurang jam 1130 pagi semua yang hadir amat gelisah kelaparan kerana ada yang tidak minum pagi. Tapi En Azmi biasa aje perwakilan dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Pegawai kanan Tatatertib Tuan Shahar dari IPK KL turut hadir semasa perasmian mesyuarat kali ini.
Tuan Faroq dari IPK KL turut bersama semasa Dato' KP KL merasmikan mesyuarat ini.
En. Agus merupakan pemegang tempat kedua juara disiplin Kontinjen Kuala Lumpur tahun 2013 yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield.
Perwakilan dari Istana Negara Cik Norjan yang mempunyai wawasan dalam hidup untuk berjaya dengan cemerlang.
Buhari tetap tenang dan sentiasa berpegang teguh pada setiap pendirian yang sederhana ,adalah merupakan pemerhati dari Istana Negara.
Sayang berlaku pembaziran kerana ada sedikit masalah pada makanan yang dihidangkan.