Latihan/Pertandingan tembak Kakitangan Istana Negara, Polis dan Awam

Pada 22 disember 2013 telah berlangsung latihan dan pertandingan tembak bagi kakitangan istana negara Polis dan Awan bertempat di lapangan sasar Bde Tengah PGA Cheras. Disertai seramai 70 orang dari berbagai peringkat kakitangan Istana Negara. Acara yang di jalankan adalah tembak bebas perseorangan dan berkumpulan falling plate. Aktiviti ini telah di kendalikan cawangan Amra Istana Negara dan Amra IPK Kuala Lumpur.


Berbagai gaya dan cara telah di tunjukan oleh peserta cara menembak , tetapi yang penting keselamatan di utamakan. Sekali acara di jalankan seramai 7 orang akan mengambil bahagian,


Disamping mengeratkan silaturohim antara staf istana negara, ia juga memberi semangat setia kawan dan dapat menyihatkan badan dan minda bagi menumpukan aktiviti yang dijalankan.



Komitmen dalam aktiviti yang dijalankan akan menghasilkan impak yang positif dalam segala urusan sehingga berjaya mencapai matlamat yang dirancangkan.


Selain laporan di sini , di Facebook juga telah membentangkan laporan dan gambar yang berkaitan iaitu di FB, Pengamanistana.




HARI KELUARGA KUMP. 'A' PENGAMAN ISTANA.


PADA 14 DISEMBER 2014 HINGGA 15 DISEMBER 2014 SELAMA 2 HARI KUMPULAN ‘A’ PENGAWAL KESELAMATAN ISTANA NEGARA TELAH MENGADAKAN SAMBUTAN HARI KELUARGA DI RIANG RIA RESORT/D’ NELAYAN RESORT,  PENGKALAN BALAK, MASJID TANAH,  MELAKA.  AKTIVITI INI MERUPAKAN KALI YANG KE EMPAT  TELAH DI ADAKAN OLEH KUMPULAN ‘A’ YANG KETUAI OLEH KETUA PENYELIA SJN AZIZ DAN PENYELIA-PENYELIA YANG LAIN KPL AZMI, KPL ZAHIR, KPL RAHIM, KPL FAIZAL YANG TELAH MEMBERI KOMITMEN DALAM MENGERATKAN SILATUROHIM ANTARA ANGGOTA KUMPULAN ‘A’.



 AKTIVITI INI MERUPAKAN INISIATIF BAGI SEMANGAT KERJASAMA, MEMBERI DAN MENERIMA, MENGHILANGKAN STRESS KERJA DAN MENGAMBIL PELUANG MENGERATKAN LAGI UKHWAH YANG SEDIA ADA SUPAYA SETIAP TANGGONGJAWAB TUGAS  YANG DI AMANAHKAN DAPAT DI LAKSANAKAN DENGAN TENANG DAN  SEMPURNA.



BERBAGAI GAME TELAH DIJALANKAN DI PANTAI PANGKALAN BALAK YANG MENJADI TUMPUAN MASYARAKAT SEKELILING DAN PELANCONG DARI LUAR KAWASAN. KAWASAN PANTAI  YANG MENGHADAP SELAT MELAKA DENGAN KEADAAN AIR YANG TENANG DAN DAMAI MEMBUATKAN FIKIRAN TENANG DAN TENTERAM. 






Jenazah di Masjid Muqarrabin

Pada 23 November 2013 telah berlangsung kursus Pengendalian Jenazah Muslim di Masjid Muqarrabin, Bandar Tasik Selasan, Kuala Lumpur.  Kursus tersebut telah di hadiri lebih kurang 100 orang penduduk kariah yang berhampiran Masjid Muqarribin. Penceramah jemputan khas dari Jabatan Mufti Ustaz Mohd Marni Mohsin.



}  Persoalan kehidupan dan kematian merupakan dua perkataan yang sering berganding bagi setiap insan.
}  Sejarah telah merakamkan kematian pertama didunia berlaku kepada putera nabi Adam a.s iaitu Habil.

}  Qabil sebagai abang telah membunuh Habil kerana tidak berpuas hati kerana dijodohkan dengan Lubuda kembar Habil yang kurang cantik sedangkan Habil mendapat Iqlima kembar Qabil yang cantik.

}  Setelah pembunuhan berlaku Qabil panik kerana tidak tahu apa tindakan yang perlu dibuat.
}  Allah swt mengutuskan Gagak sebagai pedoman,gagak berkelahi berbunuhan kemudian menggali lubang dan menanam yang mati.
}  I’tibar dari pengajaran itu memberi ilham kepada Qabil untuk mengebumikan Habil.


}   Surah al Maidah 31.
}  “ lantas Allah utuskan burung gagak untuk mengaplikasikan cara yang sepatutnya ia menanam rakan nya kedalam bumi”.
}  Surah al Ankabut 57.
}                  “ Setiap yang bernyawa pasti akan mati dan kepada kamilah kamu akan dikembalikan”
}  Surah al Baqarah 156.
}                  “Dari Allah kita datang kepada Allah jualah kita dikembalikan”.


}  Hukum Menziarahi Orang Sakit
}  Hukumnya sunat dan besar pahalanya.
}  Menurut Imam Nawawi – sunat muakkadah (سنة مؤكدة).
}  Galakan ziarah Orang Sakit
}  Hadith galakan menziarah orang sakit
}  إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْقَةِ الْجَنَّةِ  (الترمذي)
}                  Ertinya : Seseorang Muslim apabila ia menziarahi saudaranya yang Islam ia sentiasa memetik buah-buahan Syurga.  Iaitu umpama orang yang berjalan di dalam Syurga dan memetik buah-buahan di dalamnya.



}     مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُوْدُ مُسْلِمًا غَدْوَةً إِلاَّ صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِىَ وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إِلاَّ صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَكَانَ خَرِيْفٌ فِى الْجَنَّةِ.
}      Ertinya :  Seseorang Islam yang menziarahi saudaranya yang sedang sakit pada sebelah pagi, tujuh puluh ribu malaikat akan sentiasa mendoakan supaya diampunkan dosa-dosanya hingga ke petang dan apabila ia menziarahi pada sebelah petang, tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakan supaya diampunkan dosanya hingga ke pagi dan baginya kebun-kebun tempat memetik buah-buahan di Syurga kelak.

Adab Menziarahi Orang Sakit
          Jangan duduk lama di sisi orang sakit.
          Sunat menziarahi orang sakit berselang hari, melainkan orang sakit itu redha dengan lawatannya.
          Sunat mendoakan agar cepat sembuh, tetap iman, tahan sabar dan lain-lain. Bacakan doa ini sebanyak 7 kali.
أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَّشْفِيْكَ  (رواه ابو داود)

Ertinya : Aku pohonkan kepada Allah Yang Maha Besar Tuhan Singgahsana Yang Besar agar menyembuhkan engkau.
}  Memberikan kata-kata yang baik untuk menenang dan menghiburkan pesakit.
}  Memberikan kata-kata ransangan dan motivasi untuk menenang dan menghiburkan keluarga pesakit.




Pengurusan Jenazah

Kursus Pengurusan Jenazah telah berlangsung di Masjid Negara pada 22 November 2013 . Kursus tersebut di anjurkan oleh Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Kontinjen , Kuala Lumpur bersama Masjid Negara dan Jawi serta Jakim. Pegawai urusetia kursus terdiri dari Ustaz dan Ustazah  BAKA Ipk Kuala Lumpur.

Kursus ini di kendalikan oleh seorang ustaz dari Hospital Umum Kuala Lumpur Us Mohd Nazar bin Ibrahim Pen.Peg.Hal Ehwal Islam Kanan, Hospital Kuala Lumpur menyampaikan ceramah secara  teori dan priktikal memandikan jenazah.
 .
}  Menasihati supaya sentiasa mengingati Allah dengan memperbanyakkan doa, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
}  Jangan berbual-bual kosong, ketawa di hadapan orang sakit, malah hendaklah menunjukkan simpati terhadapnya.
Sunat dibacakan Surah Yasin dan Surah Al-Ra’d kepada pesakit yang sangat teruk, sambil menghadapkan mukanya ke arah qiblat.


 }  Dan sekiranya ada suatu bacalah(kitab Suci) yang dengan itu gunung-ganang dapat digoncangkan,atau bumi jadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara(itu lah Al-Quran). Sebenarnya segala urusan itu milik Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa sekiranya Allah menghendakki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya.Dan orang-orang kafir sentiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka sampai datang janji Allah(penaklukkan Mekah). Sungguh, Allah tidak menyalahi janji.


}  Sunat bagi orang berziarah duduk dekat dengan kepala orang sakit.
}  Sunat mengajar kalimah tauhid kepada pesakit apabila sudah ada tanda-tanda akan nazak.  Sabda Nabi SAW :
}                                  مَنْ كَانَ أَخِرُ كَلاَمِهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

}                  Ertinya : Sesiapa yang ucapan terakhirnya   لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ pastilah ia masuk syurga.


Mati Suatu Ketetapan
Setiap yang hidup pasti akan melalui kematian.
Ertinya :  Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati, kemudian kepada Akulah dikembalikan. 
(Surah Al-Ankabut : 57)


TANDA-TANDA HAMPIR MATI
}      Kening yang luas jatuh sedikit.
}  Pelipis turun/ lekuk.
}  Hidung tunduk
}  Pergelangan tangan renggang.
}  Tapak kaki lurus.
}  Cuping telinga kendur/lembik.
}  Buang tebiat sebelum kematian.
}  Berlaku kekejangan anggota sebelum mati.
}  Keluar peluh yang besar berwarna kuning.
}  Kunjungan tiga kali oleh malaikat rahmah.

Perkara-perkara yang perlu di lakukan
}  Beri pengharapan ( DOA).
}  Memperkatakan yang baik dan duduk dekat kepala pesakit.
}  Ajarkan kalimah taubat (tauhid).
}  Sunat dibacakan Al Quran, Yassin,Al Kahfi,Ar Ra’du,Al Ikhlas dan Al Fatihah.
}  Harus dititikkan/titiskan air ke mulut.
}  Basahkan muka dan dada dengan air.


Setelah kematian
}  Tutup mata.
}  Baca Bismillahi waa’la millati rasulillah.
}  Ikat dagu dengan kain.
}  Salin pakaian dan ganti dengan yang baru.
}  Tanggalkan semua benda yang palsu sekadar yang boleh dan tidak menyakitkan.
}  Lembutkan sendi – sendi jari tangan,siku,lengan , kaki/lutut dan peha dilipat.Di senamkan agar mudah untuk di mandi dan dikafankan.
}  Letak mayat tempat tinggi dan menghadap kiblat.
}  Tindih perut dengan benda yang berat(bukan Quran).
}  Tutup mayat dengan kain.
Bacalah seberapa banyak ayat suci al quran,jangan duduk berbual kosong.



Sepetang di Zoo Negara.


Pada 2 November 2013 kami tiga beranak melawat teman-teman di dalam Zoo  Negara kerana lama tidak berjumpa. Dalam pertemuan kali ini tidak banyak perubahan , masih seperti dulu iaitu 10 tahun yang lalu. Abang zirafah lehernya masih panjang, dan  makanannya masih  daun-daun dan juga dedak.


 Raja rimba  masih dengan caranya yang garang dan mengerunkan kepada semua. Di pagari batu dan parit sekelilingnya dengan kawat berduri dan berarus letrik .


Rusa yang di bela dan di ternak dalam zoo membiak dengan banyak.  Kalau dapat di sembelih sememangnya sedap jika di panggang.


Pak Belang tidak ketinggalan kami lawati , meskipun dia begitu sombong dengan ngauman dan gayanya namun dia masih tidak mesra alam.


 Kucing hutan nampak ceria mukanya, namun mukanya nampak mengerunkan bila di perhatikan betul-betul.


Ini kerbau,


comel memerang ini.


Camel

Rakan-rakan bermain semasa membuat operasi ops tayang 4 di sabah dulu.


Pengunjung setia bersama penulis blog ini.



Serah/Terima tugas Ketua Pegawai Keselamatan Istana.

Pada 6 November 2013 jam 1000 hrs telah berlangsung satu upacara Serah/Terima Tugas Ketua Pengawal Keselamatan Istana Negara antara ASP Amat Nazirin dan Supt. Mohamed di dewan gelari tingkat 2 Istana Negara. Ini adalah satu peristiwa yang amat bersejarah dalam Bahagian Keselamatan Istana Negara.

Upacara  Serah Menerima tugas berjalan lancar dan di saksikan lebih kurang 60 Pegawai dan anggota di bawah pentadbiran Ketua Pengawal Keselamatan Istana Negara. 


 Di bawah pentadbiran Ketua Pengawal Keselamatan ada  5 cawangan dalaman. (i) Pentadbiran Polis Istana Negara (ii) Kawalan Keselamatan Istana Negara (iii) Pengawal rapat  YDPA (iv) Pemandu  (v)  Trafik pengiring .


Majlis berlangsung  lebih kurang  1 jam menandatangani dokumen  serah dan terima tugas. Ucaptama oleh Ketua Pengawal Keselamatan meniti beratkan tetang disiplin setiap pegawai dan anggota tanpa kompromi. Setiap pegawai dan anggota mesti komitmen dalam tugas dengan kerja secara ikhlas jujur dan produktif. 


Selagi bertugas dalam Pasukan Polis maka kita tidak dapat terkecuali dari disiplin yang ada. Walaubagaimana pun ia tidak membebankan dan mengongkong setiap pegawai dan anggota.


Begitu juga , sebelum  menjalankan tugas pastikan membaca doa , memohon kepada Allah supaya selamat  dalam menjalankan tugas yang di amanahkan dengan kepada kita.


Ketua Pengawal keselamatan akan berjumpa dengan semua anggota dalam pertemuan yang di rancang  semua cawangan. Perjumpaan yang pertama pada 8 November 2013 jam 0900 hrs dengan semua anggota pengawal keselamatan dari pangkat kopral ke  konstabel.



Meskipun ucapannnya ringkas namun ia padat dan penuh simbolik dan bermakna .  Ada beberapa rancangan yang akan di laksanakan untuk penambahbaikan  untuk semua cawangan khasnya cawangan pengawal keselamatan.


Sedia maklum anggota pengawal keselamatan adalah anggota yang paling ramai dari cawangan  yang lain. Lantaran itu perhatian perlu tertumpu kepada pengawal keselamatan selain cawangan yang lain.


KPK tidak akan pilih kasih mana-mana cawangan  atau pun mana-mana anggota. Sesiapa yang ada masalah kerja atau sebagainya boleh berjumpa dengannya tanpa sekatan.  Beliau sedia berjumpa dengan sesiapa sahaja pegawai ataupun anggota.



Sambutan Awal Muharam di IPK KL 1435H

Pada 04 November 2013 bersamaan 30 Zulhijah 1434H jam 1850 hrs berlangsunglah bacaan doa akhir tahun . Ya Allah, wahai tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang di kau larang dalam tahun  ini maka belum bertaubat daripadanya pada hal tuhan kami tidak merodhai dan tuhan kami memang tidak lupakannya dan tuhan tidak bersifat lupa namun engkau masih berlembut terhadap kami padahal engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu,

 maka sesungguhnya kami memohon keampunan-mu, maka ampunkanlah kami,  dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau reda dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami memohon kepada-Mu ya Allah, wahai tuhan yang Pemurah dan wahai Tuhan Empunya Kebesaran dan Kemuliaan , terimalah daripada kami dan janganlah putuskan harapan kami terhadapmu, wahai Tuhan yang Pemurah.


Setelah selesai solat Magrib maka acara membaca doa awal tahun 1435 hijrah pun bermula. Ya Allah ! Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang maha besar dan kemurahan-Mu yang sejati , tahun yang baru ini tiba kepada kami, maka kami pohonkan kepada-Mu agar kami terpelihara daripada syaitan yang direjam, para penolong-penolongnya dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi nafsu.


Setelah selesai membaca doa solat magrib maka aktiviti membaca yassin dan baca doa selamat pun bermula. Bacaan yassin beramai-ramai  untuk disedekahkan kepada roh kaum  muslimin dan muslimat dan khususnya kepada kedua ibu bapa samaada masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Bacaan yassin mengambil  masa lebihkurang 30 minit dan seterusnya berdoa. Bacaan yassin dan doa di pimpin oleh ustaz Baka IPK KL.

Azan Isyak selesai berkumandang maka solah Isyak berjemaah pun bermula. Kehadiran majlis ini lebihkurang 70 orang dari semua cawangan dan bahagian di IPK KL. Istana Negara menghantar 2 anggota sebagai wakil iaitu Buhari Haji Raihan  dan Mislan sementara Istana Melawati menghantar 3 anggota sebagai wakil.

Selesai saja doa solat Isyak  maka pengumunan jamuan makan telah di sediakan untuk di nikmati dan semua jemaah di jemput untuk menjamu selera. Maka semua jemaah mula menjamu selera dengan hidang nasi beryani ayam, kambing dan daging.