ISTANA NEGARA: Pada 15 Januari 2015 Hari Khamis merupakan hari ke tiga dan terakhir kursus Bilal dan Imam berkualiti di Surau Istana Negara.
Peserta dengan ilmu yang ada di dada dan kelas ilmu bertambahlah keyakinan sebagai seorang Imam dan bilal.Ustaz Jemputan hari ini ialah Us Zakaria dari Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ustaz Gunawan Che Ab Aziz dari Jabatan Perdana Menteri.
Dengan kemantapan penceramah yang menyampaikan ceramah penuh bersemangat dan berilmu maka peserta dapat muhasabah diri sendiri di mana dapat mengenal kedudukan diri sendiri.
Kursus hari ini telah di tangguhkan tepat jam 3.30 petang oleh Us Zulkifli bin Salleh dan di iringi En Husni Timbalan Pengerusi Keksin, Insp. Mohammad Ibrahim bin Mahmod, Insp. Azizi Khairul bin Mustapa, En Yusri .
Kehadiran peserta kursus yang bersemangat menceriaklan lagi kursus bagi menambahkan ilmu dan pengalaman dalam ilmu imam dan bilal .
Pengulungan kursus telah di buat oleh Us Zulkifli bin Salleh Pegawai Agama Istana Negara. Sementara penilaian kursus telah di buat oleh Buhari bin Haji Raihan.
Post a Comment