MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016 POLIS KL



MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016 POLIS KL
Istana Negara, 3 Ogos 2016 - Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 2.00 petang. Majlis diserikan dengan kehadiran YDH IG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan Isteri yang disambut oleh YDH CP Dato' Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Kuala Lumpur. Turut hadir YDH Datuk Seri Mohmad Bin Salleh , Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah.


Terdapat berbagai gerai yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan dan daerah-daerah yang menyediakan beraneka jenis makanan dan juadah yang antaranya adalah sate,nasi ayam halia, durian, laksa kedah, cendol, aiskrim, lemang, ketupat, rendang daging, kek, kentang goreng, ayam golek serta beraneka jenis kuih.



Diakhir majlis ini, gerai dari Cawangan Polis Istana Negara telah diumumkan sebagai pemenang tempat ke-2 iaitu naib johan dalam Kategori Gerai Hiasan Tercantik.
Majlis telah berlangsung dengan meriah dan jayanya.

Post a Comment