MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGENDALIAN BILIK GERAKAN POLIS ISTANA NEGARA

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGENDALIAN BILIK GERAKAN POLIS ISTANA NEGARA

Istana Negara , 26 Ogos 2016 – Cawangan Polis Istana Negara telah menganjurkan Kursus Pengendalian Bilik Gerakan. Kursus ini diadakan sebanyak dua siri , siri pertama diadakan pada 6 Ogos 2016 – 11 Ogos 2016 yang bertempat di Maktab Teknik Bakri Muar,Johor. Manakala Siri 2/2016 ini dijalankan di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pulau Indah Pelabuhan Klang.Kursus ini berlangsung selama 5 hari bermula 22 Ogos 2016 hingga 26 Ogos 2016. Seramai 25 peserta kursus yang terlibat terdiri daripada pelbagai pangkat. Kursus Pengendalian Bilik Gerakan Siri 1 dan Siri 2 ini didatangkan khas daripada Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta,Perak.



Seramai 4 orang tenaga pengajar PLPGA yang terlibat dalam sesi pembelajaran tidak kira waktu siang dan mahupun malam, antara lain ia turut menekankan latihan praktikal kesiapsiagaan dan persediaan apabila menghadapi sesuatu bencana atau sebarang situasi kecemasan.





Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YDH SUPT Mohammad Fakhrudin Bin Abdul Hamid Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara. Turut mengiringi beliau adalah ASP Amat Nazirin Bin Ismail Pen.Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara , ASP Azizi Khairul Bin Mustapa .Turut hadir sama mengimarahkan majlis tersebut adalah ASP Abdul Aziz Bin Tahir Pegawai Pemerintah PGRM.



Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan secara teori dan latihan amali secukupnya kepada Pegawai Rendah Polis Cawangan Polis Istana Negara, disamping itu ia dapat melatih dan mempertajamkan kemahiran peserta mengendalikan bilik gerakan yang merupakan nadi kepada sesebuah formasi polis.


Cawangan Polis Istana Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar dari Pusat Latihan Pusat Gerakan Am ( PLPGA) Ulu Kinta yang diketuai oleh Sjn Abdul Ahmad Bin Hj. Omar , Sjn Rosli Bin Ku Ismail Pen. Jurulatih KPBG 2, Kpl Ahmadin Bin Hj. Dilah Pem.Penolong Jurulatih, Kpl Mohd Zulfarizal Bin Mohd Zain dan Kpl Nik Mohad Padli Rasid Bin Mat Lazin.





Post a Comment