UJIAN KEMAHIRAN MENGIRING MOTOKED VVIP DAN UJIAN KEMAHIRAN MENUNGGANG MOTOSIKAL BERAT JARAK JAUH SECARA SELAMAT (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN)
Istana Negara , 15 Ogos 2016 – Cawangan Polis Istana Negara telah mengadakan Ujian Kemahiran Mengiring Motoked VVIP dan Ujian Kemahiran Menunggang Motosikal Berat Jarak Jauh Secara Selamat. Ujian ini telah bermula pada 06 Ogos hingga 10 Ogos 2016, bertempat di Istana Negara.
Ujian ini berlangsung selama 5 hari bermula 06 Ogos 2016 hingga 10 Ogos 2016. Seramai 43 Pegawai Rendah Polis Istana Negara yang terlibat iaitu Bahagian Pemandu Pengiring, Bahagian Pengiring Bermotosikal dan Bahagian Pengiring Rapat Polis Istana Negara dimana tugasnya mengiringi SPB Tuanku Berdua. Diakhir ujian ini, para peserta telah membuat ujian mengiring dan menunggang motosikal berat ke Anak Bukit Alor Setar, Kedah (Kompleks Latihan PDRM) diketuai oleh ASP Azizi Khairul Bin Mustapa.
Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan secara teori dan latihan amali secukupnya kepada Pegawai Rendah Polis Cawangan Polis Istana Negara. Sepanjang latihan ini, semua para peserta memberi komitmen dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi mencapai ke tahap maksimum latihan yang dijalankan.
Cawangan Polis Istana Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar dari Cawangan Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur Sjn Alwi Bin Hj. Tambi dan Kpl Yogasvaran A/L Ramakrishnan dari Cawangan Pudu Kuala Lumpur.
Post a Comment