SULTAN MUHAMMAD V YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15

SULTAN MUHAMMAD V YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15




Istana Negara, 14 Oktober 2016 - Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Baginda akan menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-243 (KHAS)

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-243 (KHAS)






Sebelum mesyuarat khas tersebut dijalankan, terlebih dahulu diadakan Mesyuarat Pra-Majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 pada 11 Oktober hingga 13 Oktober 2016.
Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan Seri Paduka akan berakhir 12 Disember ini.
Berdasarkan sistem penggiliran yang telah ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Walau bagaimanapun jika Sultan Muhammad V menolak pemilihan tersebut, mengikutkan sistem penggiliran, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15.

SULTAN JOHOR MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE -242

SULTAN JOHOR MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE -242




Istana Negara, 12 Oktober 2016 - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 di Istana Negara.
Mesyuarat selama dua hari itu dihadiri semua Raja Melayu dengan diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah hadir diiringi Ketua Menteri masing-masing.
Sementara itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas akan diadakan Jumaat ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15. Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan berakhir 12 Disember ini.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik, berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.
Selain itu, baginda yang dilantik adalah Raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut. Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan bertanyakan Raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaan baginda untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sembilan Raja kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya Raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Proses yang sama diulang untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.

MAJLIS RAJA-RAJA

MAJLIS RAJA-RAJA



Merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

UJIAN PENGESANAN DADAH DALAM AIR KENCING

UJIAN PENGESANAN DADAH DALAM AIR KENCING

Istana Negara, 23 Sept 2016 – Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing telah dibuat di Dewan Galeri Tingkat 2, Istana Negara. Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing ini telah berlangsung selama dua hari mulai 22 Sept 2016. Seramai 293 Pegawai Rendah Polis Istana Negara telah menjalani ujian air kencing ini. Pemeriksaan ini diketuai oleh Sjn Zainal Bin Hasan dengan dibantu beberapa orang Pegawai Rendah Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.





Sebelum Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing dilakukan, Sjn Zainal telah memberi penerangan mengenai jenis-jenis dadah yang dapat dikesan melalui air kencing iaitu :
1. OPIATES (Morfine/Heroine/Codeine)
2. Cannabis
3. ATS ( Amphetamine/Ketamine)






Selain dari itu, air kencing tidak kurang dari 30 mililiter bagi setiap 50 mililiter botol. Jika tidak dapat memberi sampel air kencing seseorang itu hendaklah diberikan air untuk diminum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengesan Pegawai Rendah Polis khususnya dari Cawangan Polis Istana Negara yang terlibat dengan dadah secara pantas agar tindakan susulan bagi pencegahan awal dapat dilaksanakan secara berkesan seterusnya membendung penglibatan warga Istana Negara daripada terus terjerumus dengan najis dadah.
Ujian ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

TAKLIMAT ANCAMAN KUMPULAN ISLAMIC STATE (IS) DAN AL-DAWLA AL-ISLAMIYA AL-IRAQ AL-SHAM (DAESH)

TAKLIMAT ANCAMAN KUMPULAN ISLAMIC STATE (IS) DAN AL-DAWLA AL-ISLAMIYA AL-IRAQ AL-SHAM (DAESH)

Istana Negara, 20 Sept 2016 – Satu taklimat ancaman Kumpulan Islamic State (IS) terhadap keselamatan Negara telah disampaikan oleh DSP Lachemy Landen A/L Muniandy dari Cawangan E8 IPK KL.Taklimat ini telah dihadiri seramai 70 warga Polis Istana Negara. Turut serta ASP Enun A/L Eh Lian wakil dari Cawangan Khas IPD Brickfields. Turut hadir sama mengimarahkan taklimat tersebut adalah Ketua Pegawai Keselamatan Supt. Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid Polis Istana Negara, Pegawai-pegawai kanan serta Pegawai Rendah Polis Istana Negara.


Tujuan taklimat diadakan adalah untuk menerangkan bentuk ancaman dan kesan ideologi keganasan Islamic State (IS) sekiranya berjaya merekrut ahli baru di Malaysia dengan menggunakan nama Islam untuk berjihad dan berjuang semata-mata inginkan mati syahid dan serta prosedur keselamatan semasa menjalankan penugasan.





Diakhir sesi taklimat ini, penyampaian cenderahati disampaikan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara, Supt. Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid kepada DSP Lachemy Landen A/L Muniandy dan ASP Enun A/L Eh Lian.

JAMUAN PERPISAHAN KPL 92798 MOHD NASIR BIN HUSIN

JAMUAN PERPISAHAN KPL 92798 MOHD NASIR BIN HUSIN

Istana Negara , 30 Ogos 2016 – Jamuan perpisahan buat Kpl Mohd Nasir Bin Husin bertempat di ruang pejabat Pengiring Bermotosikal / Pemandu Pengiring Polis Diraja Malaysia Istana Negara.Majlis perpisahan ini dihadiri oleh Supt Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid . ASP Amat Nazirin Bin Ismail.Turut serta P/DSP Mohd Azani Bin Omar serta ketua-ketua Cawangan / Penyelia dan Pegawai Rendah Polis dari setiap bahagian.

Kpl Mohd Nasir Bin Husin telah bertugas di Istana Negara selama 27 tahun (25/4/1989) sebagai Kpl Pengiring Bermotosikal yang mengiringi SPB YDP Agong . Sebelum bertugas di Istana Negara beliau bertugas di Cawangan Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur tahun 1982 selama 7 tahun.



Antara intipati ucapan perpisahan dari beliau…35 tahun 9 bulan dalam Pasukan Polis penuh dengan suka dan duka, namun dengan kerjasama semua peringkat pegawai dan anggota yang telah membantu beliau memikul tugas yang berat dengan jayanya. Beliau begitu pilu untuk meninggalkan rakan-rakan sekerja. Titisan air mata mengiringi ucapannya semasa majlis tersebut.

Akhir kata, Kpl Mohd Nasir memohon maaf jika ada yang tersilap mahupun terkasar bahasa kerana sesungguhnya manusia tidak dapat lari dari kesilapan.
Selamat Bersara Kpl Mohd Nasir Bin Husin…

UJIAN KEMAHIRAN MENGIRING MOTOKED VVIP DAN UJIAN KEMAHIRAN MENUNGGANG MOTOSIKAL BERAT JARAK JAUH SECARA SELAMAT (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN)

UJIAN KEMAHIRAN MENGIRING MOTOKED VVIP DAN UJIAN KEMAHIRAN MENUNGGANG MOTOSIKAL BERAT JARAK JAUH SECARA SELAMAT (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN)


Istana Negara , 15 Ogos 2016 – Cawangan Polis Istana Negara telah mengadakan Ujian Kemahiran Mengiring Motoked VVIP dan Ujian Kemahiran Menunggang Motosikal Berat Jarak Jauh Secara Selamat. Ujian ini telah bermula pada 06 Ogos hingga 10 Ogos 2016, bertempat di Istana Negara.



Ujian ini berlangsung selama 5 hari bermula 06 Ogos 2016 hingga 10 Ogos 2016. Seramai 43 Pegawai Rendah Polis Istana Negara yang terlibat iaitu Bahagian Pemandu Pengiring, Bahagian Pengiring Bermotosikal dan Bahagian Pengiring Rapat Polis Istana Negara dimana tugasnya mengiringi SPB Tuanku Berdua. Diakhir ujian ini, para peserta telah membuat ujian mengiring dan menunggang motosikal berat ke Anak Bukit Alor Setar, Kedah (Kompleks Latihan PDRM) diketuai oleh ASP Azizi Khairul Bin Mustapa.





Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan secara teori dan latihan amali secukupnya kepada Pegawai Rendah Polis Cawangan Polis Istana Negara. Sepanjang latihan ini, semua para peserta memberi komitmen dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi mencapai ke tahap maksimum latihan yang dijalankan.






Cawangan Polis Istana Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar dari Cawangan Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur Sjn Alwi Bin Hj. Tambi dan Kpl Yogasvaran A/L Ramakrishnan dari Cawangan Pudu Kuala Lumpur.

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGENDALIAN BILIK GERAKAN POLIS ISTANA NEGARA

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGENDALIAN BILIK GERAKAN POLIS ISTANA NEGARA

Istana Negara , 26 Ogos 2016 – Cawangan Polis Istana Negara telah menganjurkan Kursus Pengendalian Bilik Gerakan. Kursus ini diadakan sebanyak dua siri , siri pertama diadakan pada 6 Ogos 2016 – 11 Ogos 2016 yang bertempat di Maktab Teknik Bakri Muar,Johor. Manakala Siri 2/2016 ini dijalankan di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pulau Indah Pelabuhan Klang.Kursus ini berlangsung selama 5 hari bermula 22 Ogos 2016 hingga 26 Ogos 2016. Seramai 25 peserta kursus yang terlibat terdiri daripada pelbagai pangkat. Kursus Pengendalian Bilik Gerakan Siri 1 dan Siri 2 ini didatangkan khas daripada Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta,Perak.



Seramai 4 orang tenaga pengajar PLPGA yang terlibat dalam sesi pembelajaran tidak kira waktu siang dan mahupun malam, antara lain ia turut menekankan latihan praktikal kesiapsiagaan dan persediaan apabila menghadapi sesuatu bencana atau sebarang situasi kecemasan.





Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YDH SUPT Mohammad Fakhrudin Bin Abdul Hamid Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara. Turut mengiringi beliau adalah ASP Amat Nazirin Bin Ismail Pen.Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara , ASP Azizi Khairul Bin Mustapa .Turut hadir sama mengimarahkan majlis tersebut adalah ASP Abdul Aziz Bin Tahir Pegawai Pemerintah PGRM.



Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan secara teori dan latihan amali secukupnya kepada Pegawai Rendah Polis Cawangan Polis Istana Negara, disamping itu ia dapat melatih dan mempertajamkan kemahiran peserta mengendalikan bilik gerakan yang merupakan nadi kepada sesebuah formasi polis.


Cawangan Polis Istana Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar dari Pusat Latihan Pusat Gerakan Am ( PLPGA) Ulu Kinta yang diketuai oleh Sjn Abdul Ahmad Bin Hj. Omar , Sjn Rosli Bin Ku Ismail Pen. Jurulatih KPBG 2, Kpl Ahmadin Bin Hj. Dilah Pem.Penolong Jurulatih, Kpl Mohd Zulfarizal Bin Mohd Zain dan Kpl Nik Mohad Padli Rasid Bin Mat Lazin.





MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & MERAIKAN PERTUKARAN WARGA POLIS ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA & MERAIKAN PERTUKARAN WARGA POLIS ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR


Istana Negara, 29 Julai 2016- Cawangan Polis Istana Negara telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Meraikan Pertukaran Warga Cawangan Polis Istana Negara Kuala Lumpur.Majlis ini turut dihadiri oleh YDH Supt Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid, Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara, pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta yang diraikan iaitu seramai 2 orang pegawai kanan polis dan 1 orang pegawai rendah polis yang bertukar keluar dari Kontinjen Kuala Lumpur.







Majlis ini diadakan adalah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga Polis Istana Negara. Majlis ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.Penyampaian cenderahati disampaikan oleh Supt Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid kepada P/DSP Mohammad Khairani Bin Khalid, Insp Hamizah Bt Satimin dan Sjn Mat Ruzi Bin Zainal.Majlis berlangsung dengan jayanya.