Perasmian khatam Al Quran telah di sempurnakan oleh Supt. Wan Ismail Bin Hj. Wan Taib Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, diiringi oleh ASP Amat Nazirin Bin Ismail dan Insp.Azizi Khairul Bin Mustapa.
Tadarus disertai seramai 16 anggota terdiri daripada 12 anggota lelaki dan 4 wanita anggota. Program Tadarus ini merupakan julung-julung kali diadakan di Surau Utama Istana Negara oleh Cawangan Polis Istana Negara.Ia merupakan titik permulaan di masa akan datang.
Tadarus ini bertujuan menghayati dan memahami ayat -ayat suci Al-Quran serta mempelajari hukum tajwid yang ada di dalam Al-Quran, ini bagi memantapkan akidah dan keimanan kepada setiap peserta yang menyertainya.
In sya Allah dimasa akan datang program ini akan diteruskan dan melibatkan lebih ramai lagi anggota menyertai Tadarus seperti ini.
Post a Comment