KELAS SENJATA API - CZ SCORPION EVO 3AI

Istana Negara : Pada 16 dan 17 Jun 2015 telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan iaitu latihan pengenalan senjata api baru iaitu jenis CZ Scorpion evo 3 AI , yang diadakan di kafeteria trafik jam 8.30 pagi . Latihan ini dibuat dua siri, siri pertama pada 16 Jun 2015 dan siri ke-dua pada 17 Jun 2015. Seramai 158 anggota yang hadir pada sessi latihan tersebut, kehadiran anggota terdiri daripada  anggota kawalan keselamatan, bodyguard, pemandu pengiring dan pengiring bermotosikal. 


Latihan ini diselia oleh Sjn 110952 Hanafiah Bin Hassan dan Kpl 128276 Zakaria Bin Osman , adalah bertujuan memberi pendedahan awal dan mengajar teknik menggunakan senjata cz scorpion evo 3 AI serta kefahaman berhubung dengan membawa dan menggunakan senjata api tersebut kepada anggota polis yang bertugas di Istana Negara secara amnya. Selain itu, ia juga memberi latihan kemahiran di dalam pengendalian senjata api dan peluru dengan cara yang betul dan selamat.



Hasil pembelajaran ini, setiap anggota dapat mengenal dan menggunakan senjata api serta peluru, berkeyakinan mengendalikan senjata api dengan selamat, memahami undang-undang senjata api ketika membawa dan menggunakannya.


Kaedah pembelajaran senjata api pada sesi ini adalah :
1) Ceramah
2) Latihan Praktikal
3) Tayangan Video
4) Ujian Praktikal / Lisan / Teori




Post a Comment