PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI 1972

ISTANA NEGARA : Pada 24 June 2015 jam 10.00 pagi bertempat di dewan kafteria telah berlangsung upacara ikrar sumpah akta rahsia rasmi 1972.

Seramai 250 anggota telah menjalankan ikrar di hadapan ASP Amat Nazirin bin Ismail dan Insp. Mohammad Ibrahim bin Mahmod  serta Insp. Azizi Khairul bin Mustapa.

Semua anggota dari setiap cawangan telah hadir keculia yang sedang bertugas semasa upacara berlangsung.

Ikrar sumpah akta rahsia rasmi 1972 telah di ketuai oleh Sm Buhari bin Haji Raihan.

Akta ini berkaitan dengan menyampaikan, menggunakan, menyimpan, dengan salah sesuatu benda rahsia.

Begitu juga  membocorkan , menyiarkan atau menyampaikan sama ada secara lisan  ataupun apa-apa bentuk menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

TADARUS AL-QURAN

Istana Negara : Pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 hijrah, bertempat di surau Istana Negara telah bermula bertadarus disertai oleh pegawai dan anggota Polis Istana Negara. Aktiviti tadarus ini diadakan sehingga khatam sebelum akhir ramadhan.




Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.



Cara Tadarus:
Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an. Bagaimanapun
antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf 

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.


Adab Membaca Al-Qur’an:
Antara perkara-perkara utama dalam adab membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.



KELAS SENJATA API - CZ SCORPION EVO 3AI

Istana Negara : Pada 16 dan 17 Jun 2015 telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan iaitu latihan pengenalan senjata api baru iaitu jenis CZ Scorpion evo 3 AI , yang diadakan di kafeteria trafik jam 8.30 pagi . Latihan ini dibuat dua siri, siri pertama pada 16 Jun 2015 dan siri ke-dua pada 17 Jun 2015. Seramai 158 anggota yang hadir pada sessi latihan tersebut, kehadiran anggota terdiri daripada  anggota kawalan keselamatan, bodyguard, pemandu pengiring dan pengiring bermotosikal. 


Latihan ini diselia oleh Sjn 110952 Hanafiah Bin Hassan dan Kpl 128276 Zakaria Bin Osman , adalah bertujuan memberi pendedahan awal dan mengajar teknik menggunakan senjata cz scorpion evo 3 AI serta kefahaman berhubung dengan membawa dan menggunakan senjata api tersebut kepada anggota polis yang bertugas di Istana Negara secara amnya. Selain itu, ia juga memberi latihan kemahiran di dalam pengendalian senjata api dan peluru dengan cara yang betul dan selamat.



Hasil pembelajaran ini, setiap anggota dapat mengenal dan menggunakan senjata api serta peluru, berkeyakinan mengendalikan senjata api dengan selamat, memahami undang-undang senjata api ketika membawa dan menggunakannya.


Kaedah pembelajaran senjata api pada sesi ini adalah :
1) Ceramah
2) Latihan Praktikal
3) Tayangan Video
4) Ujian Praktikal / Lisan / Teori




MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA PEGAWAI KESELAMATAN POLIS ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR

Istana Negara : Pada 08 Jun 2015 Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pegawai Keselamatan diantara P/ACP Muhammad Bin Abdul Halim dengan DSP Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid telah berlangsung di Dewan Galeri Tingkat 2 Istana Negara Kuala Lumpur.





Majlis disaksikan oleh Dato'SAC Aidi Bin Ismail.Turut hadir pada majlis ini adalah P/ASP Mohammad Khairani Bin Khalid , Insp.Azizi Khairul Bin Mustapa ,Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara En. Mohd Ikram Bin Rahimi.






Seramai 80 orang termasuk Pegawai dan anggota menyaksikan majlis tersebut. Diakhir majlis tersebut diadakan sessi bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara bagi setiap cawangan










KURSUS PENYELIAAN SIRI 1/2015

Istana Negara : Pada 25 hingga 29 Mei 2015 telah berlangsung Kursus Penyeliaan Siri 1/2015 dari   pangkat Koperal hingga Sarjan ,bertempat di Istana Melawati, Putrajaya. Seramai 30 peserta termasuk 5 orang urusetia bagi menjayakan dan melancarkan kursus tersebut.



Penceramah jemputan terdiri daripada Acp Rasdi Bin Ramli PT Pentadbiran Jabatan Pengurusan IPK K.L , Dsp Mohd Khalid Bin Hj. Adon PT Pusat Kawalan/Gerakan/PT MPV KDNKA , turut serta memberi ceramah penyeliaan Supt. Muhammad Bin Abdul Halim Ketua Pegawai Keselamatan Polis Istana Negara , Asp Amat Nazirin Bin Ismail , Insp. Mohammad Ibrahim Bin Mahmod dan Insp. Khairul Azizi Bin Mustapa. 









Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kursus tersebut berlangsung selama satu minggu , iaitu latihan kawad. Latihan yang dilakukan adalah hormat kehadapan hormat, hormat selaku terima sijil , buka barisan, luruskan barisan dan kekanan lurus. Pegawai baris diketuai oleh Insp. Azizi Khairul Bin Mustapa.




Tujuan utama kursus penyeliaan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran memimpin , tingkatkan kefahaman dalam menjalankan tugas-tugas penyeliaan serta memahami kepentingan aspek kepimpinan dan penyeliaan disamping menambahkan pengetahuan dan kemahiran para peserta.



Majlis perasmian dan penutupan Kursus Penyeliaan Siri 1/2015 dihadiri oleh Ketua Pegawai Keselamatan Supt Muhammad Bin Abdul Halim diiringi oleh  Dsp Mohamad Fakhrudin Bin Abdul Hamid dan Asp Amat Nazirin Bin Ismail. Penyampaian Sijil bagi peserta turut diadakan di majlis tersebut.