MAJLIS SERAH / TERIMA TUGAS PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN PRIMETER

Istana Negara : Pada 05 Mac 2015 hari Khamis  jam 11.00 pagi telah berlangsung majlis serah/terima tugas Jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Primeter  Kawalan Keselamatan  Istana Negara.





Pegawai yang terlibat serah dan terima tugas ialah  P/ASP G/16256 Faridah bt. Mohamad Amin menyerahkan tugas kepada Insp. G/16366 Mohammad Ibrahim bin Mahmod.


Serah/terima tugas telah di saksikan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara Supt. G/11859 Muhammad bin Abdul Halim. Turut hadir dalam majlis ini ialah ASP  G/13661 Amat Nazirin bin Ismail, Insp.G/17663 Azizi Khairul bin Mustapa dan ASP Syafina dari Bukit Aman bahagian HRMIS.




Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Seramai 110 Pegawai dan anggota menyaksikan majlis serah/terima tugas tersebut.




Post a Comment