Latihan Asas T-Baton

Istana Negara : Pada 25 Mac 2015 hari rabu jam 8.30 pagi, latihan asas T-Baton telah diadakan di parking 'C' Istana Negara Kuala Lumpur. Kehadiran seramai 40 orang termasuk dari bahagian pemandu pengiring, pengiring peribadi , pengiring bermotosikal dan kawalan keselamatan.



Latihan asas T-Baton ini bertujuan supaya dapat mempertahankan diri dalam penugasan harian. Pengguna T-Baton perlu memiliki pemikiran waras dan rasional tanpa dikuasai emosi agar alat berkenaan dapat diaplikasikan secara berhemah dalam apa jua situasi.






Sebagai latihan awal, kesemua anggota perlu mempelajari monadock sebagai asas latihan di mana terdapat tiga kawasan yang dilabel untuk membuat serangan melalui warna merah, hijau dan kuning.


Penggunaan T-Baton dalam sebarang tangkapan untuk melawan penjenayah dilihat mampu meminimumkan kecederaan yang berlaku kepada penjenayah itu sekali gus mengurangkan kadar risiko ke atas penggunaan senjata api seperti pistol.




MAJLIS SERAH / TERIMA TUGAS PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN PRIMETER

Istana Negara : Pada 05 Mac 2015 hari Khamis  jam 11.00 pagi telah berlangsung majlis serah/terima tugas Jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Primeter  Kawalan Keselamatan  Istana Negara.





Pegawai yang terlibat serah dan terima tugas ialah  P/ASP G/16256 Faridah bt. Mohamad Amin menyerahkan tugas kepada Insp. G/16366 Mohammad Ibrahim bin Mahmod.


Serah/terima tugas telah di saksikan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara Supt. G/11859 Muhammad bin Abdul Halim. Turut hadir dalam majlis ini ialah ASP  G/13661 Amat Nazirin bin Ismail, Insp.G/17663 Azizi Khairul bin Mustapa dan ASP Syafina dari Bukit Aman bahagian HRMIS.




Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Seramai 110 Pegawai dan anggota menyaksikan majlis serah/terima tugas tersebut.