LAWATAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR KE PERUMAHAN PDRM DESA TASIK

Sg.Besi : Pada 26 November 2014 hari Rabu jam 8.30 pagi Ketua Polis Kuala Lumpur telah membuat lawatan mesra dengan Ahli Jawatan kuasa Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selain Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Jabatan juga turut hadir iaitu Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua Jabatan Logistik, Ketua JIPS, KPD Cheras, Timbalan KPD Cheras dan KPB Sg. Besi serta pegawai-pegawai kanan dari IPK KL dan IPD Cheras.

Ketibaan lawatan ini telah di sambut oleh Pengerusi Persatuan Perumahan PDRM Desa Tasik dan Ahli Jawatankuasanya  serta ketua-ketua biro.

Taklimat ringkas permasalahan di Perumahan PDRM , Desa Tasik telah di sampaikan oleh Buhari bin Haji Raihan Pengerusi Perumahan PDRM , Desa Tasik, Sg. Besi, Kuala Lumpur.

Post a Comment