HARI KELUARGA POLIS ISTANA NEGARA 2014

Pada 06 Dic 2014 (sabtu), Cawangan Polis Istana Negara telah mengadakan Hari Keluarga yang bertempat di Istana Melawati Putrajaya.



Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Keselamatan P/Supt Muhammad Bin Abdul Halim. 




Seramai 350 orang termasuk pegawai , anggota dan kakitangan awam beserta keluarga. 




Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut...antaranya sukanneka, pertandingan karaoke, mewarna bagi kategori kanak-kanak dan keluarga.




Turut diadakan cabutan bertuah kepada semua yang hadir di majlis tersebut. Hadiah yang bertuah
berupa barangan elektrik dan hamper.




Jamuan makan disediakan dengan beberapa hidangan antaranya kambing bakar, cendol, mee sup,
mee kari, nasi campur, satay, ais krim, kuih -muih dan banyak lagi.









Kuliah Fardhu Ain Mingguan Disember 2014

Pada 16 Dis 2014 bertempat di surau Istana Negara telah diadakan Kuliah Fardhu Ain yang didatangkan khas dari IPK K.L oleh Ustazah Aminah  ( BAKA )





Seramai 15 orang beserta wanita seramai 9 orang . Turut hadir anggota dari Kumpulan B.






Tajuk kuliah pada kali ini adalah Rukun Solat 13 perkara iaitu menerangkan rukun yang wajib dalam solat dan
sekiranya tidak dilakukan tidak sah solatnya.

Rukun solat terbahagi kepada 3 iaitu:

1) Rukun Qalbi ( hati )
2) Rukun Qauli ( Lisan / bacaan )
3) Rukun Fe'li   ( Perbuatan )




LATIHAN KAWAD BULANAN DISEMBER 2014

Pada 16 Dis 2014 jam 7.30 pagi latihan kawad bulanan bagi pegawai dan anggota telah diadakan
di parking 'C' Istana Negara Kuala Lumpur.


Kehadiran seramai 56 orang termasuk pegawai dan anggota. Latihan kawad ini diketuai oleh
Insp.Mohammad Ibrahim Bin Mahmod.


Latihan kawad dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.Latihan pada kali ini adalah bergerak ke kanan dan bergerak ke kiri, menghadap ke belakang, menghadap kehadapan, selaku terima sijil dan hormat kehadapan hormat.


Latihan kawad selesai jam 9.00 pagi dengan diakhiri lagu 'polis sedia berkhidmat'





UJIAN SARINGN DADAH DALAM BADAN

Pada 12 Disember 2014 hari Jumaat bermula jam 10.00 pagi telah berlangsung Ujian Saringan Dadah kepada pekerja di Istana Negara .

 Tujuan di adakan Ujian ini untuk memastikan semua yang bertugas dan berkerja di Istana Negara bebas dari dadah.

Ujian saringan  dadah dalam badan  ini telah di jalankan oleh lima Pegawai Cawangan Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. 

Hanya seorang sahaja pekerja yang di syaki terlibat dengan dadah dan telah di ambil tindakan lanjut.





UJIAN SARINGAN DADAH DALAM BADAN

ISTANA MELAWATI: Pada 14 November 2014 hari Khamis seramai 84 anggota telah membuat ujian saringan dadah dalam badan.

Tiada yang positif dalam ujian kali ini dan semuanya negitif dari dadah.

Anggota adalah terdiri dariada Pengawal Istana Melawati dan Istana Negaran yang belum membuat ujian saringan dadah dalam badan.

Ujian kali ini telah di datangkan dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Polis , Kuala Lumpur.


LAWATAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR KE PERUMAHAN PDRM DESA TASIK

Sg.Besi : Pada 26 November 2014 hari Rabu jam 8.30 pagi Ketua Polis Kuala Lumpur telah membuat lawatan mesra dengan Ahli Jawatan kuasa Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selain Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Jabatan juga turut hadir iaitu Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua Jabatan Logistik, Ketua JIPS, KPD Cheras, Timbalan KPD Cheras dan KPB Sg. Besi serta pegawai-pegawai kanan dari IPK KL dan IPD Cheras.

Ketibaan lawatan ini telah di sambut oleh Pengerusi Persatuan Perumahan PDRM Desa Tasik dan Ahli Jawatankuasanya  serta ketua-ketua biro.

Taklimat ringkas permasalahan di Perumahan PDRM , Desa Tasik telah di sampaikan oleh Buhari bin Haji Raihan Pengerusi Perumahan PDRM , Desa Tasik, Sg. Besi, Kuala Lumpur.