LAWATAN KEBAJIKAN

                                                                  
                                                  LAWATAN KEBAJIKAN


Istana Negara, 12 Julai 2016 - Cawangan Polis Istana Negara telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Sjn 92074 Mohd Marzuki Bin Sharif di kediaman beliau di Taman Setia 1b, Jalan Kilang Tebu, Alor Setar, Kedah.Lawatan ini telah diketuai oleh SM Buhari Bin Raihan dan bersama-sama dalam lawatan ini ialah Sjn Zainudin Bin Sanusi , Kpl Abd Ghani Bin Hassan dan Kpl Hasnan bin Sulaiman.


Cawangan Polis Istana Negara turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada Sjn Mohd Marzuki diakhir kunjungan. Warga Polis Istana Negara merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar beliau kembali sihat seperti sediakala.

MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN PERINGKAT CAWANGAN POLIS ISTANA NEGARA

    MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN PERINGKAT CAWANGAN POLIS ISTANA NEGARA

Istana Negara, 1 July 2016- Bertempat di Surau Utama Istana Negara tepat jam 3.00 petang telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran peringkat Cawangan Polis Istana Negara.Perasmian khatam Al-Quran telah disempurnakan oleh Datuk Abdul Aziz Bin Che Yacob iaitu Pegawai Agama Islam Istana Negara turut mengiringi beliau ASP Amat Nazirin Bin Ismail dan Insp Azizi Khairul Bin Mustapa. Turut hadir bersama-sama ialah Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara En.Zul Azri Bin Abdullah.



Kehadiran seramai 35 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis Istana Negara dan Pegawai Awam Polis Istana Negara. Seramai 10 orang peserta telah menyertai program khatam Al-Quran ini. Mereka terdiri daripada 7 Pegawai Rendah Polis Lelaki dan 3 Pegawai Rendah Polis Wanita. Program ini adalah kali ke-2 telah diadakan di Surau Utama Istana Negara oleh Cawangan Polis Istana Negara Kuala Lumpur.



Program ini bertujuan menghayati dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran serta mempelajari hukum tajwid Al-Quran dan ia juga dapat mengeratkan jalinan ukhwah sesama umat islam. Selain itu juga dapat memantapkan akidah dan keimanan kepada setiap peserta yang menyertainya.


Diakhir majlis ini disampaikan cenderahati kepada para peserta dan para tetamu jemputan.
Majlis berakhir dengan lancarnya.