RONDAAN BERSEPADU

Istana Negara, Pada 20 Mei 2015 bermula jam 9.00 malam rondaan bersepadu bersama pasukan keselamatan , Jabatan Kerjaraya , WIDAD dan SIEMENS di kawasan perimeter Istana Negara.


Rondaan ini melibatkan seramai 35 orang, diketuai oleh Insp. Mohammad  Ibrahim dan Insp. Azizi Khairul.


Tujuan rondaan ini dijalankan adalah memastikan keselamatan luaran dan dalaman kawasan Istana Negara serta logistik dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai. Rondaan ini adalah pertama kali dibuat pada waktu malam.





Semasa rondaan dijalankan, didapati keadaan disekitar kawasan  Istana Negara berada dalam kedaan selamat dan terkawal.






Rondaan selesai pada jam 1230 malam dan semua  yang terlibat berada dalam keadaan selamat.

MESYUARAT AGONG PPRPD CAWANGAN ISTANA NEGARA KALI KE 2.

Istana Negara :   Pada 15 May 2015 jam 3.30 petang telah berlangsung Mesyuarat Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia di Dewan serbaguna Istana Negara,

Mesyuarat telah di rasmikan oleh  Supt. G/11859 Muhammad bin Abdul Halim Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara, Kuala Lumpur.

Tetamu  jemput Si Ayup bin Syafie Pengerusi PPRPD Kontinjen Polis Kuala Lumpur, dan Sjn Zainurin bin Haji Misran  Setiausaha PPRPD Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Kehadiran anggota dalam mesyuarat tersebut seramai 150 anggota yang mewakili cawangan Kawalan Keselamatan, Bodyguard, Trafik dan  Pemandu.

PPRPD Kontinjen Polis Kuala Lumpur telah menyumbangkan RM500.00 untuk aktiviti berbuka puasa PPRPD cawangan Istana Negara. Ketua Pegawai Keselamatan telah menerima cek tersebut mewakali anggota Istana Negara daripada Pengerusi PPRPD Kontinjen Polis Kuala Lumpur.





ZIARAH DAN LAWATAN KEBAJIKAN - KEMATIAN AHLI KELUARGA

Istana Negara, 06 Mei 2015 –Sm Buhari Bin Raihan dan beberapa anggota Kawalan Keselamatan Polis Istana Negara menziarahi dan melawat keluarga Kpl 124982 Razali Bin Jamaludin yang kematian ibu beliau iaitu  Allahyarhamah Noriah Bt Abidin berumur  82  tahun pada jam 1 tengahhari kerana sakit tua dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Teras Jernang, Jalan Bangi Selangor.


Ketua Pegawai Keselamatan Supt Muhammad Bin Abdul Halim  serta pegawai-pegawai dan warga Polis Istana Negara Kuala Lumpur merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah ini di atas pemergian orang yang disayangi.



Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan di kalangan orang-orang yang Sollehah. Al- Fatihah.


KULIAH FARDHU AIN KUMP.'C'

Pada 7 May 2015 giliran Kumpulan 'C' menghadiri kuliah Fardu Ain di Surau Istana Negara. Kuliah kali ini telah di sampaikan oleh Ustaz Ku Muhamad Firdaus dari Baka IPK  Kuala Lumpur.




Tajuk Kuliah adalah Whuduk.Ini merupakan antara asas kepada ibadah yang perlu di ketahui oleh semua orang islam.



Pengertian Wudhu. Menurut bahasa wudhu artinya bersih dan Indah. Sedangkan menurut istilah (syariah islam) artinya menggunakan air pada anggota badan tertentu dengan cara tertentu yang dimulai dengan niat guna menghilangkan hadas kecil.




Seramai 20 anggota telah menghadiri kuliah kali ini yang di ketuai oleh Sjn Amran selaku Penyelia kumpulan 'C'.