MESYUARAT PEGAWAI BERSAMA JPO KAWALAN KESELAMATAN 2/14

ISTANA NEGARA: Pada 21 November 2014 hari  Jumaat jam 8.30 pagi telah berlangsung mesyuarat Pegawai bersama Penyelia-penyelia kawalan keselamatan siri 2/2014 di pejabat pengangkutan/trafik istana negara.

Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh ASP Amat Nazirin dan pegawai pengiring  Inspt Azizi yang berlansung lebih kurang dua jam.

Perbincangan berkaitan minit mesyuarat yang lepas dan isu semasa yang berlaku di Istana Negara.
Mesyuarat berjalan lancar dan tiada topik yang menarik di bentangkan.
Seramai 40 Pegawai dan Penyelia ( Junior Polis Officer) hadir dalam mesyuarat kali ini. Ini merupakan komitmen yang jitu di tunjukkan oleh Pegawai dan JPO Kawalan Keselamatan terhadap tugas dan tanggongjawab yang di amanahkan oleh  PDRM.

LATIHAN KAWAD ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR

Istana Negara : Pada 4 November 2014 jam 7.45 pagi bertempat di Parking C Istana Negara
telah diadakan latihan kawad bagi semua pegawai dan anggota yang bertugas di Istana Negara.



Latihan kawad ini diketuai oleh Insp.Azizi Khairul Bin Mustapa dan SM baris iaitu SM Aman Shah Bin Baharudin. Seramai 80 pegawai dan anggota yang terlibat sepanjang latihan kawad tersebut.



Latihan kawad dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diakhiri dengan nyanyian lagu
Polis Sedia Berkhidmat.




Ulangkaji latihan pada kali ini adalah, hormat kehadapan hormat, hormat selaku terima sijil, buka barisan, luruskan barisan, dan kekanan lurus.








Latihan kawad merupakan asas disiplin yang perlu ada setiap pegawai dan anggota bagi memastikan
tahap disiplinyang maksimum.