PENGESANAN DADAH DALAM AIR KENCING

Pada 16 dan 17 Oktober 2014, pengesanan dadah dalam air kencing telah dibuat di Istana Negara. Seramai 250 orang telah menjalani ujian air kencing dengan dilaksanakan oleh Pegawai Cawangan Narkotik IPK K.L.



Saringan air kencing berjalan lancar dengan semua anggota memberi kerjasama yang jitu dan kecekapan anggota Narkotik IPK Kuala Lumpur menjalankan tugasnya. 





Ujian Saringan air kencing dijalankan selama 2 hari dan melibatkan anggota dan kakitangan Istana
Negara Kuala Lumpur.



Sementara menunggu giliran untuk di ambil air kencing bermacam-macam cara dan gaya kerana gelisah menunggu masa untuk menjalani urine test.







Setakat ini tiada anggota yang di dapati positif dadah dan semuanya negetif dadah, ini bermakna anggota tiada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Syabas dan tahniah kerana hidup bebas dari dadah yang merbahaya.




PERJUMPAAN KPK BERSAMA ANGGOTA L/KPL&KONST.

ISTANA NEGARA:. Pada 13 Oktober 2014 jam 8.30 pagi telah berlangsung perjumpaan Ketua Pegawai Keselamatan bersama anggota konstabel hingga ke Lans Kopral di Dewan serbaguna Istana Negara.

Seramai 120 anggota dari semua cawangan yang bertugas di Istana Negara telah hadir dalam perjumpaan kali ini.

Perjumpaan tertutup ini merupakan pendekatan Ketua Pegawai Keselamatan  Istana negara dengan anggota menyelami perasaan dan masalah yang di hadapi oleh anggota bawahannya.

Majlis ini walaupun ringkas namun membawa beribu makna dalam mengatasi masalah semasa yang selalu berbangkin dalam menjalankan tugas harian.



Jam 11.00 pagi baru selesai majlis perjumpaan yang merungkaikan berbagai masalah individu mahupun pasukan.

MAJLIS IBADAT QURBAN ISTANA NEGARA

Pada 08 Oktober 2014 jam 8.30 pagi telah berlangsung  majlis ibadah qurban di Istana Negara melibatkan semua warga Istana Negara. 


Sebanyak 10 ekor lembu telah dikorbankan dalam majlis tersebut. Majlis ini dikendalikan oleh 
semua warga Istana Negara yang berkesempatan




Kehadiran Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato'Wira Awang Kechik Bin Haji Abdul Rahman 
memeriahkan lagi majlis tersebut. 


Ketua Pegawai Keselamatan P/Supt Muhammad Bin Abdul Halim telah mengetuai kerja-kerja
qurban dari pihak anggota keselamatan Istana Negara.





Seramai 150 orang terlibat dalam melaksanakan ibadat penyembelihan sehingga selesai. Anggota
Kawalan Keselamatan seramai 60 anggota telah memberi komitmen yang padu dalam melaksanakan
kerja-kerja menyembelih, melapah, dan pengagihan daging.






Majlis ibadat qurban ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari selepas solat zohor di surau Istana
Negara. Daging tersebut merupakan sumbangan dari KEKSIN Istana Negara.